AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Cara Menimbal (Buffer) Sepenuhnya Video Di YouTube

Cara Menimbal (Buffer) Sepenuhnya Video Di YouTube

0
Mobile Ads

Bagi pengguna U Mobile, YouTube kebiasaannya dilayan dengan resolusi 480p (standard definition). Ini kerana kelajuan semasa tidak membenarkan video beresolusi HD dimainkan, melainkan kelajuan internet 6Mbps ke atas.

(Sebenarnya nak buat lawak menggunakan nama U Mobile, tapi bila fikir semula ada logiknya juga).

YouTube secara automatik akan menyelaraskan proses penampan/penimbalan atau dalam bahasa Inggerisnya – ‘buffer’ mengikut kepada kelajuan semasa internet anda. Jika kelajuan internet anda ‘semput’ maka proses penampan ini akan menjadi satu bentuk penyeksaan kerana asyik tersekat-sekat.

Dulu, penonton YouTube boleh menjeda video dan hanya perlu menanti sehingga video selesai dimuat turun untuk menikmati video tersebut. Tetapi sejak wujudnya Dynamic Adaptive Streaming over HTTP atau DASH Playback, perkara ini tidak lagi boleh dilakukan kerana DASH Playback akan hanya melakukan penampan dalam 30 saat ke hadapan sahaja. Selebihnya, video tersebut tidak akan ditampan/ditimbal dengan tujuan untuk menjimatkan jalur lebar.

Ketika ia mula-mula diperkenalkan, DASH Playback ini masih boleh dinyahaktifkan. Tetapi apabila YouTube semakin berevolusi, ia tidak lagi dapat ‘dibuang’ dari ciri pemain YouTube, lalu menyebabkan kesukaran kepada mereka yang masih menggunakan internet berkelajuan U Mobile (sekadar ber-punchline).

Jadi, bagaimana caranya jika anda masih hendak mainkan video setelah ia siap ditimbal?

Ada beberapa cara, dan cara paling mudah ialah dengan memuat turun sahaja video yang anda mahu. Tetapi kalau itulah yang dikongsikan di sini, lebih baik tidak perlu tulis sebarang artikel, kerana itu – semua orang pun tahu!

Cara paling mudah untuk memainkan video YouTube yang sudah siap ditimbal sepenuhnya, ialah dengan menggunakan satu skrip khas. Perlu diingatkan di sini, YouTube sentiasa berubah, dan skrip ini pun sudah lama. Anda boleh buat modifikasi skrip ini sendiri sesuai mengikut apa yang anda mahu.

Setakat yang saya cuba, adakalanya menjadi (buffer 100%), dan adakalanya tidak. Tetapi tidak salah kita mencuba, kerana hanya dengan mencuba kita dapat tahu sejauhmana berkesannya sesuatu tips diberi.

Tetapi sebelum itu, sila pastikan cache pelayar web anda adalah cukup besar untuk menampung saiz cache video.

Untuk Chrome (dan semua pelayar berasaskan Chromium), tambahkan –disk-cache-size=2147483647 di belakang pintasannya.

Untuk Firefox pula, taipkan about:config dalam bar URL dan tekan Enter. Tekan butang ‘Accept the Risk and Continue’.

Buat carian kepada browser.cache.disk.smart_size.enabled. Tukar nilainya kepada false.

Mulai semula Firefox. Cari pula browser.cache.disk.capacity. Tukar nilainya kepada nilai maksimum yang dibenarkan oleh Firefox iaitu 2147483647.

Selesai. Sekarang, salin kod ‘Youtube Pause and full buffer’ di sini: Pastebin.com.

Buka mana-mana video di YouTube yang anda mahu. Kemudian, buka console (F12 > Console).

Tampal kod yang disalin ke dalam console. Pastikan video dijeda terlebih dahulu.

Apa yang kod ini akan lakukan ialah ia akan menggerakkan cursor pemain video sedikit demi sedikit sehingga habis video ditimbalkan. Setelah itu, ia akan mengembalikan cursor kepada permulaan video. Anda hanya perlu tekankan butang main sahaja.

Berikut adalah bukti video yang saya siap timbalkan sepenuhnya.

Perlu diingatkan, ia tidak sentiasa menjadi. Anda bolehlah membuat eksperimen sendiri dengan mengubah beberapa nilai dalam kod sehingga penimbalan dapat dilakukan dengan sempurna. Maklumlah, kod ini pun sudah lama.

Selamat mencuba.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version