AMP Ads
Mobile Ads
Home Durian Buruk Blackhat (2015): Bukan Sekadar Hacker

Blackhat (2015): Bukan Sekadar Hacker

0
Mobile Ads

Tak tahu nak tonton apa malam ni? Apa kata layan Blackhat di Netflix.

Kalau kami nak ulas tentang babak penggodaman dalam filem ini, banyak yang boleh diulas – terutamanya babak yang kurang tepat, atau lebih betul lagi, babak yang ‘salah’.
Tetapi apa lagi nak dikata, bila ia menjadi sebuah filem yang dibikin di Hollywood, segalanya perlu nampak diperbesar-besarkan supaya babak lebih ‘melekat’ di ingatan penonton.

Antara yang boleh diperkatakan betul, ialah bagaimana tajuknya memberi penarafan kepada golongan yang mencari kerentanan dengan sengaja bertujuan untuk melengkapi pelbagai aktiviti jenayah komersil berskala mega.

Tidak seperti di Malaysia, rakyatnya mudah melabel ‘blackhat‘ kepada mereka yang sekadar melakukan defacement.

Apa pun, Blackhat masih lagi menarik untuk ditonton sambil menghabiskan popcorn dan cendol anda.

Filem ini mengisahkan seorang penggodam berbakat bernama Nicholas Hathaway.
Kod komputer yang pernah ditulis olehnya bersama seorang rakan iaitu Chen Dawai, digunakan untuk membuat malware yang dapat memusnahkan loji tenaga nuklear di China.

Hathaway yang sedang berada dalam penjara kerana jenayah siber, diperlukan untuk menjejak kumpulan penggodam yang bertanggungjawab terhadap sebuah letupan.

Anda boleh tonton Blackhat di: https://www.netflix.com/title/80013273

*Ya, ada lagi filem lain memaparkan aktiviti penggodaman, tetapi kebanyakannya tiada dalam Netflix.

Jika anda tukar IP kepada US, anda boleh tonton filem Who Am I (juga filem berkaitan penggodaman) di sini: https://www.netflix.com/title/80211749

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version