AMP Ads
Mobile Ads
Home Durian Buruk Drama Asing Black Lightning: Sebuah Siri ‘Hibrid’ Antara The Flash Dan Daredevil

Black Lightning: Sebuah Siri ‘Hibrid’ Antara The Flash Dan Daredevil

0
Mobile Ads

Pada awal kemunculan Black Lightning dalam trailer, banyak suara sumbang kedengaran. Tetapi setelah siri ini ke udara, masing-masing ligat memuji.

Mana tidaknya, ia seperti The Flash yang agak komikal, dalam masa yang sama dekat juga dengan realiti seperti Daredevil, bahkan The Punisher. Semakin hari, episod tampak semakin ‘gelap’ (no pun intended).

Konflik antara penduduk Freeland dengan The One Hundred diperlihatkan dengan pelbagai senario, dari penjualan dadah Green Light kepada pembunuhan ketua perhimpunan/perarakan aman yang membantah aktiviti The One Hundred, dan tempias dari serangan tersebut mengenai pula pada Khalil Payne, teman lelaki Jennifer Pierce, anak perempuan Jefferson.

Bagi yang tidak mengetahui, The One Hundred adalah anggota kumpulan samseng/kongsi gelap yang menjalankan pelbagai aktiviti haram, seperti peras ugut untuk mendapatkan wang perlindungan, dan menjual dadah terlarang.

Apa yang menarik, Black Lightning tidak dimulakan dari cerita asal bagaimana Jefferson Pierce mendapatkan kuasa elektrik itu, namun ia bermula dari waktu Jefferson sudah pun bersara sebagai superhero dan membesarkan dua orang anaknya – sambil dibantu oleh bekas isteri dalam klausa Hak Jagaan Bersama, Lynn Pierce.

Jefferson dibantu oleh seorang pakar komputer, Peter Gambi yang telah pun membantu beliau sebelum persaraan lagi. Gambi juga adalah individu yang telah meyakinkan Jefferson supaya kembali menyarung sut superhero sebagai Black Lightning, kerana dia percaya penduduk Freeland masih memerlukan bantuan darinya.

Namun, tidak seperti Alfred Pennyworth yang sentiasa telus kepada Bruce Wayne a.k.a Batman, Gambi adakalanya bertindak merahsiakan sesuatu perkara yang tampak mustahak untuk diketahui oleh Jefferson. Contohnya ketika Gambi terlihat kehadiran Tobias Whale di perarakan melalui satu rakaman CCTV, dan kemudian dengan secara penuh kesedaran memadam klip video tersebut.

“They all wanna go to heaven, but don’t none of them wanna die.” – Tobias Whale.

Drama tidak berakhir antara kedua watak ini sahaja, kerana terdapat organisasi yang lebih besar dari The One Hundred, dan hanya menunggu masa sahaja sebelum Black Lightning dapat menjejak mereka.

Jalan cerita yang dimulakan dengan niat ‘kecil’ Jefferson menyarung kembali sutnya untuk melindungi kedua anak perempuan beliau, akhirnya membawa kepada penemuan perkara-perkara lain yang lebih besar dari kongsi gelap berskala taman.

Siri ini akan ke udara/bersiaran setiap minggu dan disiarkan di Netflix. Anda boleh daftar satu akaun baru untuk mendapatkan akses percuma selama sebulan. Selamat menonton!

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version