AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Aplikasi Ant Download Manager: Alternatif IDM Versi Percuma

Ant Download Manager: Alternatif IDM Versi Percuma

0
Mobile Ads
Tangkap layar dari desktop saya sendiri.

Saya sudah menggunakan IDM dengan lesen seumur hidup di kedua-dua laptop. Pada saya, tak perlu fikir lagi mengenai pengurus muat turun kerana IDM akan membantu saya dalam hal itu.

Tetapi sekiranya ada aplikasi lain yang saya boleh syorkan kepada orang lain, tambahan pula ia percuma, saya tidak dapat berdiam diri. Semestinya ramai yang akan memilih aplkasi/perisian percuma, apatah lagi jika ia memiliki ciri sama seperti IDM.

Aplikasi yang saya ingin perkenalkan kali ini ialah Ant Download Manager (selepas ini akan disebut sebagai Ant DM).

Apa yang saya suka mengenai Ant DM ialah paparan antaramukanya yang lain sedikit dari IDM, dan itu boleh jadi perkara yang baik dan juga buruk. Dalam kes Ant DM, ia adalah perkara yang baik.

Sedikit sebanyak, elemen UI ada menyamai IDM, dan ciri seperti ini memudahkan sesiapa sahaja yang terbiasa dengan IDM sebelum ini, untuk membiasakan diri dengan Ant DM pula.

Seperti yang anda dapat lihat pada tangkap layar tetingkap sebelum mula memuat turun Ant DM di atas ini, ia mempunyai ciri pengkategorian bagi memudahkan penyusunan fail.

Saya yakin dan pasti, ramai yang inginkan ciri seperti ini dalam sebuah aplikasi pemuat turun percuma bukan?

Kalau tak salah saya, ia akan menggunakan kembali folder kategori yang telah dibuat oleh IDM, sekiranya anda ada memasang IDM sebelum ini – atau sekiranya anda tidak pernah memasang IDM, ia akan membuat folder mengikut kategori, dari video, dokumen, program, dan sebagainya lagi.

Ketika, dan setelah habis muat turun, cirinya adalah sama sahaja dengan IDM, bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan data yang ditunjuk juga lebih kurang serupa.

Ant DM ada segalanya. Bolehlah saya katakan ia adalah ‘IDM’, tetapi dalam paparan antaramuka yang berbeza.

Ia mampu memproses ralat, mengembalikan proses muat turun (resume), menyusun fail mengikut kategori/jenis, dan memuat turun fail kepada beberapa segmentasi supaya ia lebih laju dan lancar.

Ant DM ada pelbagai warna/tema yang boleh dipilih dalam tetapan (Config). Seperti yang anda dapat lihat, saya telah tukarkan warnanya menjadi tema gelap.

Tidak ubah seakan IDM, Ant DM ada panel penunjuk pilihan muat turun video di YouTube. Anda tidak akan berasa ralat untuk beralih kerana ‘design language’ bagi pemuat turun ini menyenangkan pemahaman pengguna.

Muat turun ISO Linux Mint menggunakan torrent.

Beza terbesar antara IDM dan Ant DM ialah = Ant DM mampu menjadi klien torrent!

Ya, IDM tiada ciri ini. Ant DM boleh menguruskan torrent, dan turut menyokong fungsi pautan magnet. Semua dalam satu. Dialah pemuat turun fail, dia juga pemuat turun torrent. Tak perlu lagi aplikasi berbeza untuk satu tugas.

Selain itu, Ant DM ada integrasi kepada pelayar web (extension). Anda akan ada pilihan untuk memuat turun mana-mana pautan dengan Ant DM. Cuma, saya masih belum menjumpai pilihan ‘force download’, dan yang ada hanyalah pilihan ‘prevent download’.

Fungsi ini pada saya agak kritikal penting, kerana ada sesetengah pautan akan menyembunyikan terlebih dahulu pautan terus ke fail atas sebab-sebab tertentu. Tanpa fungsi ‘force download’, kebiasaannya pemuat turun hanya akan dapat memuat turun fail HTML sahaja.

Pro dan Kontra/Konklusi:

Secara kesimpulannya, pada saya Ant DM melengkapi ciri diperlukan oleh pengguna walaupun hanya menggunakan lesen percuma sahaja. Apa yang tidak ada pada lesen percuma?

Hanya dua ‘kekurangan’ sahaja iaitu tiada kebolehan untuk memuat turun video dengan resolusi tinggi, serta tidak dapat mengubah format video kepada MP3.

Jika dua fungsi ini sahaja yang tiada, maka tidaklah menjadi masalah kerana ia masih dapat dilakukan dengan cara lain (workaround). Paling penting, ia percuma.

Anda tiada alasan untuk menggunakan crack lagi.

Muat turun Ant DM di: Ant Download Manager.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version