AKU : Sebuah Monolog Kehidupan - Bab 1; Manusia Kerbau
AMP Ads
Mobile Ads
Home Editorial AKU : Sebuah Monolog Kehidupan – Bab 1; Manusia Kerbau

AKU : Sebuah Monolog Kehidupan – Bab 1; Manusia Kerbau

10
Mobile Ads

Hari ini, Isnin. Mata kuyu. Bermula lagi minggu yang baru setelah dua hari cuti hujung minggu. Kadang-kadang terasa seolah-olah suatu penyeksaan. Aku menjadi aku, dalam kelompok lautan manusia. Berbondong-bondong keluar mencari rezeki pencarian. Dalam dunia metropolitan ini, setiap satu berasakan merekalah yang paling unik, paling istimewa, lain dari yang lain. Hakikatnya? Aku, kau, dia sama sahaja. Bermula sahaja minggu yang baru, semua di sini. Gelap lagi tanah sudah terpacak. Terperangkap di dalam kotak besi beroda di tengah kesesakan kota. Ada yang laju meluncur, mencari celahan ruang di sisi himpitan manusia. Mereka berkuda, tidak berkotak. Sesekali naik cemburu manusia dalam kotak dengan manusia berkendera dua roda itu. Masih adakah lagi yang istimewa? Besar atau kecil, mahal atau murah, semua sama sahaja di sini. Tidak ubah seperti sekawan kerbau. Beratur menunggu giliran untuk terjun ke sawah yang berlumpur.

 

 

Sampai ke tempat kerja, beratur lagi. Ada berselipar. Ada masih mengelek bakul susu anak. Ada berbut lengkap, ala-ala pelumba motosikal profesional. Aku bersahaja saja, kasut coklat digilap bersinar semasa cuti. Jenama terkenal. Tapi tak ramai yang tahu, harganya RM20 cuma. Aku menyelam di pusat bundle itu hari. Untung hari ini masuk awal. Sempat jugalah menjenguk ke pantri. Cerek air elektrik aku basuh dan isikan penuh dengan air. Boleh lah dibuat air minum kalau ada yang lebih lepas aku buat kopi nanti. Hairan. Di pejabat ini ada 9 anak dara. Aku seorang saja yang teruna. Tapi tak pernah ada yang basuh cerek air ini. Sejukkan air untuk buat air minum jauh sekali.

 

Tapi kalau bercerita bab kahwin, angan-angan masing-masing saling tak nak kalah. Anak-anak dara zaman sekarang…tudungnya mahal, mukanya dijaga, tangannya disimpan daripada membuat kerja. Takut berkedut katanya. Bila bicara bab pengurusan rumah tangga, habis hadis dan sirah cair di mulut. Nabi Muhammad pun membantu isteri katanya. Kisah Siti Khadijah yang sentiasa menanti kepulangan suaminya dan melayan baginda dengan taat dan kasih sayang tidak pula diambil pusing. Ah…nak bercerita bab ini sampai tahun depan pun tak kan habis. Tengok sajalah kisah rumah tangga di Facebook. Dikecam teruk, meruntuhkan rumah tangga, mengahasut perceraian pun, masih ada yang bertenggek di situ hari-hari. Syaitan memang suka mengulit hal-hal lagha.

 

Apa yang penting, aku buat kerja aku. Apa lah sangat nak dikisahkan dengan perihal orang? Jaga hal orang, kerja yang tak berkesudahan. Hati orang bukan boleh dipaksa. Kita kata buruk, tapi pada dia cantik. Tapi kerja aku jangan sesiapa ganggu. Jangan kata kerja aku, kerja orang pun aku yang buat. Salah atau tak puas hati, mereka diam saja. Cakap macam-macam, alamat lingkup lah kerja. Payah bila orang dapat kerja dengan modal emosi ni. Minta kenaikan pangkat atas dasar dah lama bekerja. Lama bekerja tapi tak reti bekerja pun tak ada guna. Sudahnya aku juga yang buat. Maka bermulalah hari aku hari ini. Hari-hari yang berlalu, sama saja seperti hari-hari yang lalu…

 

Kau tahu? Albert Einstein pernah berkata,

“Ada dua benda yang wujud dalam infiniti, kebodohan manusia dan alam semesta. Dan saya tak pasti tentang alam semesta!”

 

 

 

 

Mobile Ads
10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Menarik la admin

Aku paling tak puas hati dlm enviroment kerja ni bila kita buat silap dipanggil cuai. bila orang atas buat silap dipanggil kesilapan teknikal. fak. btw tak sabaq tggu episod 2

ko saund je dlm messuarat…
lau ko simpan ko y sakit..sakit hati sakit badan sakit jiwa(x tenteram)

Assalamualaikum… Nak tau ape beza instant article tu dgn yg biase

Instant article cpt load, x mkn bnyk data and best

Apa yg best nya

Yang bestnya bila nak baca artikel tak perlu ‘keluar’ dari fb dan baca dalam web browser. Boleh baca terus dari fb dan lebih laju. Lebih kurang macam AMP la.

Try la tekan. Baru tau. Dia ada kesan bila guna telefon.
-MM

Tq admin

wpDiscuz
Exit mobile version