Adsense
Utama Berita Akaun Pengiklanan Signal Disekat Oleh Facebook Selepas Kempen ‘Iklan Jujur’ Dijalankan

Akaun Pengiklanan Signal Disekat Oleh Facebook Selepas Kempen ‘Iklan Jujur’ Dijalankan

0

Well Signal, welcome to ‘The Facebook Banned Club.’

Signal dalam satu kempen pengiklanan sebelum ini cuba menjalankan ‘iklan jujur’ yang memaparkan bagaimana Facebook menggunakan data dikumpul mengenai diri pengguna untuk mencipta iklan bersasar.

Disebabkan itu, akaun pengiklanan Signal disekat dari terus dapat digunakan oleh pihak pentadbir.

Iklan-iklan tersebut menyatakan demografik pengguna yang disasar, dengan tujuan untuk menunjukkan kesemua data peribadi yang dihimpun, dikumpul bersama, lalu dijual oleh Facebook untuk membenarkan penggunanya disasar dengan tepat oleh pengiklan.

Signal juga menyatakan bahawa cara kebanyakan perkara dalam internet berfungsi hari ini akan dianggap tidak dapat ditoleransi jika diterjemahkan ke dalam analog dunia nyata yang dapat difahami, tetapi ia dapat kekal bertahan kerana tidak dapat dilihat dengan jelas.

Disebabkan itu, Signal cuba membocorkan apa yang tidak kelihatan ini, kerana menurut mereka kini sudah mungkin untuk pengguna dapat melihat ‘serpihan kebenaran’ menerusi iklan yang mereka tunjukkan.

Facebook tidak suka dengan kejujuran ini, lalu akaun pengiklanan Signal tidak lagi dapat diakses dan dijalankan kerana dinyahaktif tanpa bicara.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version