Jika mengikut perancangan, sepatutnya elementary OS Luna sepatutnya merilis versi beta 1 pada pertengahan bulan 8 yang lepas. Tetapi melihat kepada perkembangan pembangunan yang pesat tetapi tampak perlahan, kita mungkin terpaksa menunggu lagi sehingga tahun hadapan. Ketika itu, Ubuntu 12.10 telah pun dirilis. Apakah mungkin akan ditangguh lagi dan Ubuntu 12.10 pula dijadikan sebagai tapak asas kepada sistem operasi ini? Sama-sama kita nantikan.
Apapun dalam versi Daily Build (2012-09-09) yang sedang saya gunakan ini, terdapat beberapa pembaharuan kecil yang dapat dilihat pada elementary OS Luna. Ia juga boleh dikatakan stabil, kurang gangguan bugs dan amat pantas sekali. Mari kita lihat tampilannya yang terbaru ini:
1. Tampilan Desktop
Memang sangat kemas. Itu yang mampu saya katakan. Klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas.
2. Slingshot (Menu Launcher)
Tidak banyak pembaharuan, namun ia lebih stabil dari versi sebelumnya. Tidak crash dan lebih pantas muncul selepas diklik.
3. System Settings
Terdapat beberapa elemen yang ditambah, contohnya Startup Applications, dan juga tetapan untuk Desktop yang dinaik taraf. Kini anda boleh menetapkan apa yang anda mahu, semua dalam satu pada satu aplikasi. Pada tetapan untuk Desktop terdapat menu untuk Dock, Wallpaper dan juga Hot Corners.
4. Plank (Dock)
Plank kini tampak lebih kemas dan profesional. Selain paparan antaramukanya yang diubahsuai, ia kini menyokong beberapa perisian dan aplikasi dengan menunjukkan ‘progress’.
Dengan perkembangan ini, diharapkan elementary OS Luna akan lebih cepat dirilis. Ia memberi harapa baru kepada pengguna Ubuntu yang mahukan kepantasan, tampilan desktop yang menarik, serta ciri sistem operasi yang unik.
Buat yang mahu mencuba, muat turun versi Daily Build dan cubalah terlebih dahulu melalui Live USB. Anda pasti tidak akan menyesal. Berikut adalah video yang saya rakamkan pada versi Daily Build terbaru ini: