Pengalaman Dengan Gentoo

Gentoo adalah mimpi ngeri!

Dalam beberapa hari ini, saya kerap ‘menelaah’ Gentoo Handbook, cuba memahami selok-belok sistem operasi Linux ini dan saya rasakan ia agak unik. Jadi dari membiarkan diri dari terus dibelenggu rasa ingin tahu, saya terus pacukan VirtualBox lalu menyiapkan ia sehabis baik untuk pemasangan Gentoo nanti.

Video tutorial di Youtube usah cerita, tak terlepas satu pun dari mata. Jadi dengan ‘bantuan’ yang ada (seperti persekitaran dekstop, pelayar web, Virtualbox), pemasangan Gentoo pun dimulakan.

Tetapi jujur saya katakan, pemasangan Gentoo, meskipun mengikut panduan Gentoo Handbook atau video, masih lagi menjadi mimpi ngeri! Saya akui ada sesetengah darinya merupakan kesilapan sendiri (sikap kurang sabar, nak siapkan cepat) membuatkan pemasangan terpaksa diulangi dari sifar.

Iklan Google

Percaya atau tidak, saya yakin mereka yang sudah lama bergelumang dengan dunia Linux juga belum pasti dapat memasang Gentoo dengan mudah. Arch Linux pun tidak memberikan saya sakit kepala seperti ini. Kalau anda tidak ada masalah, sebolehnya jangan cuba cari masalah dengan memasang Gentoo, kecuali semua masalah lain anda dah berjaya selesaikan. Kalau tidak tidur anda tak kan tenang sepertimana saya!

Di akhirnya, saya dapat simpulkan, Gentoo sememangnya dicipta dengan sasaran untuk para pengguna yang kacak budiman maju (advance users) kerana anda perlu memahami setiap selok-belok Linux untuk dapat memasangnya dengan baik. Benar, baris perintah yang terlibat adalah asas, tetapi ‘persekitaran’ pemasangannya adalah berbeza dari yang lain, bahkan agak berbeza dari Arch Linux.

Tempoh Pemasangan

Dari satu sudut, pemasangan Gentoo memerlukan anda untuk meluangkan masa yang bukan sedikit. Lebih dari satu hari suntuk diperlukan, bermula anda memacu live USB atau VirtualBox, sehinggalah kepada pemasangan persekitaran desktop. Waktu untuk penyusunan (compile) adalah agak lama, sama ada penyusunan kernel (yang mana anda perlu konfigurasi ia sendiri) sehinggalah kepada persekitaran desktop. Sebab itu saya katakan tadi kalau hidup anda tiada masalah, jangan cari masalah dengan mencuba Gentoo. Hehe..

 Sumber Gambar (Bukan desktop saya ni)

Pilihan Sendiri

kelebihan Gentoo dapat dilihat dari sudut pilihan penuh di tangan pengguna. Konsep ini mungkin dapat dilihat pada Arch Linux, namun dalam Gentoo, pilihan adalah lebih menyeluruh lagi. Ambil contoh kernel, anda perlu muat turun, mengkonfigurasi sendiri sehingga anda betul-betul puas hati, barulah boleh dilakukan penyusunan dan pemasangan. Pilihan kedua yang ada ialah muat turun dan terus pasangkannya, tetapi perbuatan ini akan menjadikan sistem operasi lebih perlahan kerana kernel dipenuhi dengan pemacu-pemacu yang tidak diperlukan.

Kerana itu apa juga pemasangan yang memerlukan anda untuk memilih sendiri perlu dibuat sebaik mungkin, kerana Gentoo boleh jadi pantas dan boleh juga jadi perlahan kerana pilihan anda itu. Oleh kerana kuasa penuh berada di tangan pengguna, anda dapat lihat setiap pakej yang akan anda pasang, jadi pemantauan penuh ada pada mata anda.

Kini saya menggunakan dua sistem operasi Linux yang sangat-sangat memuaskan hati iaitu Arch Linux dan Gentoo. Buat mereka yang telah bergelumang dengan Arch Linux dan tidak kisah lagi dengan masalah-masalah Linux, anda boleh muat turun dan cuba sendiri Gentoo dari laman web rasminya di sini : Gentoo Linux

Iklan Google

Berikut adalah video-video tutorial yang telah saya ikuti sepanjang pemasangan penuh Gentoo:



Berikut pula adalah pautan-pautan rujukan yang telah saya gunakan:

Iklan Google

1. Gentoo Linux AMD64 Handbook (untuk 64-bit)

2. The GNOME configuration HOWTO

Iklan Google

3. The X Server Configuration HOWTO

Untuk pengetahuan anda, saya mengambil masa lebih kurang 3 hari untuk menyiapkan pemasangan. Ya, ya, saya tidak buat lawak. Memang lama!.

Namun pengalaman saya dengan Gentoo menjadikan saya lebih kagum terhadap sistem Linux dan lebih dekat lagi dengan Arch Linux,  kerana walaupun persekitarannya dengan Gentoo sedikit berbeza, tetapi terdapat sedikit ‘baki’ yang sama. Arch Linux jadi sedikit lebih mudah selepas menggunakan Gentoo.

Apapun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang ingin mencuba. Pastikan anda bersedia meluangkan masa yang panjang, berdepan dengan baris perintah sepenuh masa serta tutorial-tutorial yang telah saya catatkan di atas.

Iklan Google

Dr. Freddy: Masih lagi tak dapat nak paparkan sedikit paparan skrin (screenshot) Gentoo kerana pemasangan persekitaran desktop mengambil masa yang sangat lama. Nantikan artikel seterusnya (kalau ada la, haha! Otak masih berserabut ni!).

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img