Apa Itu Rule of Thirds (ROT)
Perlu diingatkan, sebelum anda membaca penerangan mengenai Rule of Thirds (Terjemahan Google Translate – Kedaulatan Undang-Pertiga?), setiap undang-undang bukan semuanya wajib dipatuhi. Ia dicipta oleh manusia, tetap mempunyai banyak kelemahan, disamping kelebihan yang ada. Tidak mematuhi ROT bukan bererti gambar yang anda hasilkan akan menjadi tidak menarik, tetapi adalah lebih baik kita tahu dan belajar mengenainya agar sama-sama dapat memanfaatkannya di kemudian hari.
Fotografi tidak mempunyai garis panduan atau peraturan yang tetap bagi mendapatkan hasil imej yang terbaik. Dek kerana falsafah atau prinsip sebenar fotografi ialah dalam peraturan dunia fotografi, ia tidak mempunyai sebarang peraturan. Namun, ROT dicipta bagi mendapatkan komposisi penceritaan disebalik setiap petikan jari untuk mendapatkan sebuah gambar yang tidak mempunyai ‘jiwa kosong’.
Untuk memahami ROT, anda perlu membayangkan gambar dibahagikan kepada 9 bahagian, menggunakan 2 garisan yang menegak, dan 2 garisan yang melintang. ROT mengatakan bahawa, anda perlu meletakkan elemen atau elemen-elemen (lebih dari satu subjek penting) di sepanjang garisan, atau pada mana-mana tempat ianya bersilang (bertemu).
Teori ROT
Jika anda meletakkan elemen penting pada garis silang atau di sepanjang garisan, gambar anda akan menjadi lebih natural, seimbang, dan akan membenarkan orang yang melihat berinteraksi dengan gambar secara lebih natural juga.
Ruangan komen telah ditutup.