Mereka yang sudah lama menggunakan Asus Zenfone 5/6 pasti teringin untuk root telefon pintar masing-masing. Tak perlulah saya jelaskan lagi pro dan kontra root, cukuplah saya teruskan dengan tutorial.
Apa yang anda perlukan ialah apk berikut :
Muat turun —> Asus Zenfone Root 1.3r apk
Nota : Untuk root, sebelum melakukannya, sila pastikan punca-punca internet anda sudah pun dimatikan terlebih dahulu. WiFi, data mobil, padamkan kesemuanya.
1. Sila pasangkan apk tersebut, dan buka aplikasi Zenfone Root 1.3r. Paparan seperti di bawah akan muncul. Hanya klik pada kekotak ‘Don’t ask again’, dan teruskan dengan menekan butang ‘OK’.
2. Pilih salah satu dari aplikasi superuser. Saya sarankan aplikasi SuperSU. Klik pada butang ‘OK I know, please root !’
3. Paparan seperti berikut akan keluar. Jangan bimbang, hanya perlu tekan butang ‘back’ sehingga kembali ke desktop.
4. Buka kembali aplikasi Zenfone Root 1.3r, tetapi jangan buat apa-apa. Reboot peranti Zenfone anda.
5. Kini peranti anda sudah pun berjaya di-root. Buka aplikasi Google Play Store dan kemaskini aplikasi SuperSU. Kemudian buka pula aplikasi SuperSU. Sekiranya perlu kemaskini binary, kemaskini sahaja melalui cara ‘Normal’ dan reboot.