Terlalu banyak perkara yang boleh ‘diceritakan’ mengenai Snapseed. Dari awal kemunculannya sehinggalah ia dibeli oleh Google, sejak itu pelbagai penambahbaikan dapat dilihat. Walaupun penggunanya masih belum dapat menandingi pengguna Instagram, namun untuk mereka yang lebih gemar dengan ‘serious mobile photography’, maka Instagram boleh diabaikan dan hanya perlu menggabungkan penggunaan Snapseed bersama dengan aplikasi EyeEm (‘Instagram untuk serious mobile photographer’).
Apabila anda membuka Snapseed, anda akan disambut dengan paparan seperti ini:
Setelah itu, apabila anda telah memilih gambar yang hendak disunting, dan tekan pada FAB, anda akan diperlihatkan dengan pelbagai pilihan-pilihan suntingan, filters, yang boleh buat anda rambang mata.
Untuk pemula saya sarankan anda belajar menggunakan ‘Tune Image’ terlebih dahulu. Biasakan diri memahami bagaimana cara menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat padanya kemudian barulah beralih kepada jenis suntingan ataupun filter yang lain.
Apa yang saya biasa gunakan selain Tune Image ialah HDR Scape, Lens Blur, Tonal Contrast, Details, dan Crop. Manakala fungsi yang sekali-sekala disentuh pula adalah ‘Selective’. Fungsi yang lain jarang sekali saya gunakan kerana saya lebih gemar menumpu kepada fungsi HDR, tetapi untuk anda yang lebih sukakan Black & White atau Vintage, fungsi-fungsi ini terdapat dalam Snapseed untuk anda.
Ini adalah contohnya. Gambar di atas ialah gambar asal tanpa suntingan, manakala gambar di bawahnya ialah gambar yang telah dikenakan filter HDR Scape – Nature.
Ahhh.. kalau nak dibuatkan tutorial boleh makan Panadol Actifast dibuatnya. Intro ini anda cubalah jadikan sebagai sandara semangat untuk mengenali dan mengkaji Snapseed dengan lebih lanjut.
Muat turun Snapseed di sini : Snapseed