Dengan pantas saya unbox set pembesar suara yang super duper cool ini. Nampak macam biasa-biasa, tapi apabila sudah mencuba, rasa tak mahu cari yang lain pula.
Apa yang ada dalam kotak ni?
– 1 unit pembesar suara mudah alih SonicGear Pandora Neo 500
– 1 alat kawalan jauh
– 1 kabel pengecas USB
– 1 kabel audio 3.5mm
– 1 manual pengguna
Apakah spesifikasi pembesar suara mudah alih SonicGear Pandora Neo 500?
– Pembesar suara mudah alih stereo
– Bluetooth CSR 4.0
– Microphone terbina dalaman dengan ciri menjawab panggilan
– 5 ciri main semula muzik iaitu Bluetooth, Aux-in, FM Radio, SD Card dan Pemacu USB
– Radio FM terbina dalaman
– Paparan digital LED
– Rekabentuk butang yang mesra pengguna
– 6 jenis equalizer mod akustik
– 1800 mAh bateri lithium ion terbina dalaman
– Main semula muzik hingga 6 jam
– Tempoh berbual hingga 5 jam
– Kemasan kulit
Review saya:
Di hadapan, terdapat satu skrin LED yang memaparkan setiap mode pilihan, tombol penukar kelantangan audio, beberapa butang yang terdiri dari Play/Pause, Fast Backward, Fast Forward, dan Input.
Di belakangnya pula terdapat butang On/Off, ruang untuk kabel kuasa, ruang untuk kabel audio, ruang khas untuk SD Card dan juga pemacu USB. Pembesar suara ini boleh juga disambung kepada peranti anda melalui Bluetooth.
Pada saya tiadalah lain yang paling penting selain kejelasan (clarity) untuk setiap instrumen, hentakan padu pada setiap beats, ketepatan bunyi mengikut kualiti audio asal, dan juga kualiti maksimum pada tahap audio paling lantang.
Saya pasangkan album penuh Cromok – Forever In Time. Wow, dari mula lagu bergema, pengalaman mendengar melalui pembesar suara SonicGear Pandora Neo 500 ini saling tak tumpah apabila mendengar melalui headphone JBL (nama model dah lupa, hehe..). Setiap instrumen kedengaran begitu jelas sekali, seakan terpisah tanpa tindih-menindih. Tak lupa juga suara uncle Sam yang sangat ‘raw’, tidak terganggu dengan instrumen muzik, dan apabila double paddle uncle Miji mula dihentak, terasa gegarannya sampai ke hujung telinga.
Kemudian saya dengarkan pula lagu Cromok – Journey. Aduh, jatuh cinta terus dengannya. Pembesar suara ini berjaya ‘mengeluarkan’ bunyi bass yang selalunya tidak kedengaran melalui headphone atau in-ear headphone yang biasa saya gunakan. Tak tahulah kalau-kalau ada kena-mengena dengan DFX Audio Enhancer.
Tak lupa juga lagu Cromok – Misty, kdengaran jelas entah apa instrumennya saya pun tidak pasti. Agak teruja juga dibuatnya. Apabila tiba bahagian korus, maka satu demi satu instrumen memunculkan diri dari gitar, rhythm, bass, drum, dan juga vokal uncle Sam yang menyusul selepas habis solo gitar.
Kemudian saya sambung pula dengan playlist The Best of Stone Sour, playlist yang saya susun sendiri. Barulah saya tahu ada vokal harmoni di belakang vokal utama Corey Taylor (suara dia juga) yang selalunya tidak beberapa jelas apabila didengari melalui headphone. Ok, satu penemuan yang ‘baik’. Jadi selepas ini kalau saya dengar melalui headphone, saya akan cuba ‘cari’ pula vokal harmoni itu kalau-kalau dapat dengar.
Begitu juga dengan beberapa playlist lain seperti The Best of Slipknot, From the Twisted Mind of Arya Putra, Metal Militant, dan lain-lain lagi. Lagu-lagu ‘biasa’ pun ada juga seperti Everlasting Love Songs dan juga Feveret Mr. Hac!. Semua playlist ini saya susun untuk didengari pada hari-hari bekerja yang stress. Heheh..
Tak salah kalau saya katakan ini ialah sebuah pembesar suara mudah alih paling baik untuk bajet kecil. Kemasan kulit padanya membuatkan ia terasa begitu ‘premium dan mewah’. Kualiti pemacu yang terdapat di dalamnya beserta Subwoofer melengkapkan lagi ciri 5 bintang yang biasanya hanya terdapat pada pembesar suara berharga lebih dari RM500.
Apa yang pasti, SonicGear Pandora Neo 500 ini tidak langsung mengecewakan. Meskipun datang dalam pakej yang ringkas, namun ianya padat dengan ciri-ciri yang memuaskan hati seorang Audiophile yang pastinya. Kalau pasang lagu dalam rumah tingkat 15, orang di tingkat paling bawah masih boleh mendengarnya. Boleh bayang tak betapa hebatnya kuasa pemacu pembesar suara mudah alih ini?
Kesimpulan
SonicGear Pandora Neo 500 boleh didapati di pasaran dengan harga RM199. Harga ini amatlah berpatutan, sepadan dengan kuasa yang diberikan. Ianya berpakej lengkap, dari kualiti pemacu, hinggalah kepada aksesori tambahan seperti alat kawalan jauh, dan mode-mode seperti penggera (alarm) yang sememangnya berguna kepada kehidupan kita setiap hari.
Saya amat berbesar hati diberi peluang menguji cuba pembesar suara ini oleh syarikat Leapfroglobal, dan terima kasih sekali lagi buat Samuel Fo yang telah berusaha menjayakan ia.
Pada masa yang akan datang saya akan mencuba pula headphone SonicGear. Pada penggemar audio di luar sana, nantikan review seterusnya!