Chromebook selalu disalah erti hanya sebagai sebuah komputer riba yang menjalankan pelayar web semata-mata. Kalau dulu, mungkin telahan itu benar. Kini tidak lagi, apabila Chromebook juga hadir bersama spesifikasi berkuasa. Pengguna boleh memanfaatkan aplikasi web beserta aplikasi Linux dan Android secara asli (native) pada sistem.
Terbaru, Google meluaskan lagi kegunaan Chromebook kepada permainan. Secara rasminya, Steam versi alpha telah dikeluarkan untuk Chrome OS. Anda boleh melihat ia beraksi di sini:
Pada masa ini terdapat 7 model Chromebook yang disokong, semuanya dengan Intel Iris Xe Graphics, pemproses Core i5 atau i7 generasi ke-11 dan sekurang-kurangnya 8GB RAM.
Walau bagaimanapun, ini bukan keperluan yang sudah ditetapkan dan belum pasti bahawa senarai di bawah adalah Chromebook sedia ada yang akan disokong. Sebaliknya, pasukan pembangun memilih spesifikasi tersebut sebagai garis dasar untuk ujian kerana mereka sepatutnya dapat mengendalikan bilangan permainan terbesar semasa ujian awal.
Berikut ialah model yang disokong pada masa ini:
- Acer Chromebook 514 (CB514-1W)
- Acer Chromebook 515 (CB515-1W)
- Acer Chromebook Spin 713 (CP713-3W)
- ASUS Chromebook Flip CX5 (CX5500)
- ASUS Chromebook CX9 (CX9400)
- Chromebook HP Pro c640 G2
- Chromebook Lenovo 5i-14
Pemasangan Steam pada Chrome OS ketika ini agak rumit sedikit buat pengguna kebanyakan. Antara keperluannya ialah Chromebook versi perdana dan moden yang serasi, serta saluran pembangun (Dev Channel) Chrome OS yang semestinya kurang stabil berbanding versi biasa.
Anda boleh rujuk laman 9To5Google untuk mengetahui senarai permainan yang boleh dipasang pada masa ini. Ambil perhatian bahawa Steam masih berada di peringkat awal dalam Chrome OS. Pun begitu, masa depan nampaknya agak cerah dalam menjadikan peranti Chromebook sebagai medium permainan.
Sekiranya anda ingin mengetahui serba sedikit panduan spesifikasi Chromebook sebelum membelinya, anda boleh baca: