China bukan satu-satunya negara Asia yang mempunyai dasar perindustrian bercita-cita tinggi menyasarkan ke arah telekomunikasi termaju.
Akhbar Nikkei Jepun melaporkan bahawa Toyota Motor, NEC dan syarikat Jepun lain akan menyertai kumpulan yang disokong kerajaan untuk mencadangkan keperluan teknologi komunikasi tanpa wayar generasi keenam (6G).
Ia adalah bertujuan mendapatkan kelebihan awal dalam pembangunan. Dijangka muncul sekitar tahun 2030, 6G dibayangkan lebih 10 kali lebih pantas daripada teknologi tanpa wayar generasi kelima (5G) yang digunakan sekarang.
Ini membolehkan perkhidmatan seperti pemanduan automatik sepenuhnya dan pembedahan jarak jauh yang memerlukan penghantaran data dalam jumlah tinggi bergerak dengan cepat beserta kadar kelewatan atau lag minimum.
Cadangan Jepun itu akan dikemukakan dalam mesyuarat bulan Jun kumpulan kerja Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kumpulan kerja tersebut merancang untuk mewujudkan keperluan teknikal bagi rangkaian 6G menjelang Jun 2023, dan akan menggunakannya sebagai asas semasa menyenaraikan spesifikasi aplikasi tertentu.
Sementara itu, di Malaysia..