Bukan pertama kali sesuatu dari Malaysia dituntut oleh jiran sebelah. Cuma kali ini terasa ianya agak keterlaluan apabila hak cipta animasi asli ‘dari Malaysian untuk Malaysia’ iaitu BoboiBoy, telah dituntut oleh sebuah syarikat dari Indonesia iaitu Sadabana Entertainment.
Syarikat tersebut telah cuba menyaman Animonsta Studios dan DNA Production (distributor bagi BoboiBoy di Indonesia) sebanyak 3 (& 15) juta rupiah bagi kerugian ‘immaterial’ pada 3 Ogos yang lalu. Pun begitu keputusan darinya adalah Animonsta Studios bersama DNA Production memenangi kes tersebut kerana jelas mereka telah pun mendaftarkan paten sejak dari tahun 2012 lagi, sedang Sadabana Entertainment pula telah ‘cuba’ mendaftarkan hak cipta BoboiBoy pada 2013.
Menurut CEO Animonsta Studios Nizam Razak, terkini mereka sedang memfailkan saman sebanyak RM15 juta terhadap syarikat tersebut (lebih kurang 50 juta Rupiah).