Klien YouTube untuk Android TV bukan tak elok, cuma masih belum cukup ‘umph‘ untuk para ‘geek‘ dan ‘nerd‘ yang kepingin hendak mengubahsuai tetapan mengikut citarasa.
SmartTubeNext hadir mengisi kelompongan itu. Ia merupakan klien sumber terbuka untuk YouTube, disasar kepada Android TV.
Aplikasi ini ada pelbagai ciri tambahan seperti kebolehan untuk menukar resolusi yang menggunakan codec AVC (H.264), meninjau saluran yang telah dilanggan, menukar kelajuan main semula, dan sebagainya lagi.
Kalau di aplikasi YouTube, selepas habis main semula dan kita menekan butang kembali, ia akan ‘refresh‘, lalu mana-mana video yang kita bercadang hendak tonton selepas itu akan ‘hilang’.
Perkara ini tidak berlaku pada aplikasi SmartTubeNext.
Tak lupa juga ia ada ciri ‘pop-up player‘, yang memberi peluang kepada anda untuk melihat video lain, sambil menonton video semasa yang sedang dimainkan.
Walaupun masih diperingkat beta, ia boleh dikatakan stabil, dan tidak ada isu lag atau crash. Buat ‘YouTube addicts‘, aplikasi ini adalah jawapan yang anda cari selama ini untuk Android TV.
Muat turun:
https://github.com/yuliskov/SmartTubeNext
#GengStreaming #CutTheCord #CutTheCable #SmartTubeNext #KakiYouTube