YouTube Go: Aplikasi YouTube ‘Downloader’ Rasmi Dari Google

Ok, mungkin tajuk sedikit misleading, tetapi secara teknikalnya, YouTube Go yang telah dilepaskan kepada beberapa negara (membangun) dengan sasaran atau matlamat untuk membantu para penggunanya menjimatkan data, ia juga dapat bertindak sebagai pemuat turun atau downloader untuk setiap video di YouTube.

YouTube Go telah direka sedemikian rupa bagi menjadi aplikasi YouTube (rasmi) versi lebih ringan, lebih pantas, dan dalam masa yang sama mempunyai ciri-ciri aplikasi YouTube sedia ada.

Seperti biasanya, YouTube Go juga boleh digunakan untuk strim video-video kegemaran anda. Cuma talaan yang dibuat menjadikan video tersebut bersaiz lebih kecil meskipun anda pilih kualiti tinggi untuk dimainkan atau dimuat turun.

Paparan tetapan pertama ini mungkin menjadi sedikit kontroversi kerana aplikasi ini akan meminta nombor telefon pengguna bagi menghubungkan ia dengan pengguna yang lain. Jika anda tidak beberapa suka dengan tetapan seperti ini, maka aplikasi YouTube Go bukan untuk anda.

Paparan antaramuka pengguna YouTube Go selepas selesai proses pengesahan nombor telefon tampak seakan YouTube versi asal, namun ianya lebih ringkas dengan beberapa pilihan di atas dan bawahnya.

Atas: Anda boleh gunakan ia untuk hantar video yang telah dimuat turun kepada pengguna atau rakan anda, fungsi carian, dan juga profil.

Bawah: Home – kembali ke paparan utama, Downloads – senarai video yang anda muat turun.

Untuk peranti yang menggunakan RAM 2GB dan ke bawah, anda pasti akan menyukainya.

(‘High quality’ bersaiz lebih kecil kerana saya sudah strim sedikit video tersebut)

Ya, kita tiba ke ‘options of the day’, yang mana YouTube Go memberikan pilihan untuk memuat turun video YouTube, yang mana sebelum ini ianya bukan satu perkara yang dibenarkan oleh Google. Memang terdapat pilihan untuk muat turun pada aplikasi YouTube yang asal, namun ia tidak terasa lebih natif, dan pilihan kualiti video yang ada juga tidak menepati ciri untuk sambungan internet yang perlahan.

Dengan YouTube Go, penstriman jadi lebih lancar, cuma janganlah anda berharapkan resolusi video yang lebih cantik kerana itulah dia talaan bagi melancarkan penstriman untuk pengguna internet di daerah atau negara yang mempunyai sambungan internet yang perlahan atau berkuota kecil.

 

 

Lihatlah saja video yang distrim, tiada lagi isu buffering, ianya lancar dan laju. YouTube Go juga masih mempunyai sedikit tetapan yang tidak terlalu berlebihan, sesuai dengan ciri keseluruhan aplikasi tersebut. Anda masih akan dapat mencari sejarah tontonan, sejarah carian, serta pilihan kad storan luaran.
 

Selain muat turun secara natif, anda juga boleh berkongsi video yang telah dimuat turun tersebut kepada pengguna lain a.k.a rakan anda.

Dah siap muat turun, dah tentu perlu pilihan untuk padam bukan? Ya, semestinya pilihan ini ada.

Jika ada kekurangan yang ketara pada YouTube Go, pada saya ianya adalah ketiadaan ruang komen. Ini adalah satu-satunya ciri penting yang tiada pada aplikasi ini. Ya, ini adalah versi awal, dan kemungkinan untuk ciri tersebut dimasukkan pada versi yang akan datang itu ada.

Namun jika Google tidak bercadang untuk memasukkan ia sekalipun, aplikasi YouTube Go masih berbaloi untuk digunakan.

Buat masa ini ia hanya dilepaskan dan dilancarkan di negara India dan Indonesia sahaja. Untuk pengguna di negara lain, bolehlah muat turun di laman APKMirror.

Muat turun: YouTube Go

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply to yungfattyCancel reply

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
yungfatty

Terbaik

spot_imgspot_img
2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x