VPN Penipu: Log Dari PureVPN Membantu FBI Menahan ‘Cyberstalker’

Khamis lepas, Ryan S. Lin, 24, dari Newton – Massachusetts, ditahan kerana disyaki menjalankan jenayah pengintipan siber (cyber stalking) terhadap bekas teman sebiliknya, seorang wanita Massachusetts berusia 24 tahun, serta ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), Lin mula melakukan aktiviti jenayahnya bermula pada April 2016 dengan menggodam akaun dalam talian mangsa, mendapatkan gambar-gambar peribadinya, maklumat-maklumat sensitif mengenai sejarah perubatan dan seksual, serta lain-lain maklumat sulit.

Dalam afidavit FBI yang diterbitkan minggu lalu oleh DoJ, Lin dituduh mengintip dan mengganggu rakan-rakan dan bekas teman sebiliknya dalam talian serta menghindari dari polis tempatan menggunakan pelbagai perkhidmatan seperti TOR, VPN dan Textfree.

Bagaimana Lin Tertangkap?

Dakwaan Lin yang mengatakan bahawa beliau menggunakan kelengkapan anonimiti untuk melindungi identiti dirinya tetapi masih dapat ditangkap oleh pihak berkuasa telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang terutamanya dari pengguna.

Namun laporan afidavit dari ejen Jeffrey Williams terhadap jenayah yang dilakukan oleh Lin mempunyai jawapan kepada persoalan awam.

Menurut afidavit, Lin merupakan seorang pakar komputer – yang pernah mengambil jurusan sains komputer. Beliau didakwa telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyembunyikan identiti dan alamat IP, termasuk menggunakan TOR, VPN, servis-servis dan penyedia emel yang tidak menyimpan atau merekod sebarang log.

Lin telah melakukan gangguan dalam dan luar talian terhadap Jennifer Smith, untuk satu setengah tahun selepas mencuri nama pengguna dan kata laluan bagi beberapa akaun dalam talian Jennifer dari MacBook-nya, dan juga beberapa fail peribadi termasuk gambar dari iCloud dan akaun Google Drive.

Adalah perlu diingat bahawa tindakan Lin terhadap mangsanya banyak ditunjukkan secara fizikal. Dari situ, pihak berkuasa telah meletakkan beliau sebagai suspek utama dan bermula dari situ bukti-bukti mengenai jenayah yang dilakukan oleh Lin dijejak.

FBI telah memeriksa komputer yang pernah digunakan oleh Lin di bekas tempat kerjanya. Meskipun sistem operasi (Windows) telah dipasang semula, FBI berhasil mendapatkan data Google Chrome yang membuktikan Lin pernah membaca beberapa artikel tentang ancaman bom – yang pernah beliau lakukan sebelum ini. Mereka juga mendapati Lin telah mengakses akaun Gmail mangsa dan data tambahan menunjukkan beliau telah menggunakan servis VPN.

Dinyatakan lagi dalam afidavit, PureVPN, ialah servis VPN yang telah dipasangkan ke komputer tersebut.

Atas sebab itu, FBI mendapatkan kerjasama dari PureVPN untuk membantu menyelesaikan kes.

Secara signifikannya, PureVPN membantu mengesan servis mereka telah diakses oleh pelanggan yang sama dari dua alamat IP, iaitu dari rumah Lin dan juga syarikat perisian tempat Lin pernah bekerja dahulu.

Jika diteliti kembali polisi ‘NO LOGS‘ PureVPN, mereka menyatakan bahawa servis mereka akan menyimpan rekod bila seseorang pengguna disambungkan ke servis mereka dan berapa lama ia digunakan. FBI juga mendakwa PureVPN merekodkan alamat IP penggunanya. Dengan kombinasi beberapa maklumat inilah FBI berjaya mengumpulkan bukti bagi mendakwa Lin dalam jenayah yang dilakukan olehnya.

Benar, menangkap penjenayah seperti ini adalah sangat bagus, ianya adalah satu tindakan terpuji. Namun syarikat VPN yang telah mengumumkan secara jelas polisi privasi yang mengatakan bahawa mereka tidak akan sesekali memantau mahupun log sebarang aktiviti dari pengguna – telah secara jelas pula mengkhianati polisi tersebut.

Servis VPN penipu?

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x