Trafik Matahaw : Evolusi Blogger Tempatan!

Aku rasa blogger bernama Haw, pemilik kepada blog Matahaw ni tak perlu diperkenalkan lagi..kalau ada juga yang masih belum kenal, klik aje dekat nama blog dia yang aku taip tu ye..
hmmm..aku pun diperkenalkan kepada Matahaw oleh Kak Sharifah Nor..kredit bagi kat akak nohhh..
aku malas nak taip panjang-panjang, jom kita layan gambar dulu ok..

P/S: Korang klik pada gambar tersebut untuk tengok saiz yang lebih besar dan jelas..thanks..:)

Ni statistik setakat minggu lepas
Ni statistik untuk hari ni 
(paling tinggi cecah 50 orang untuk tempoh 1 jam)
Ni jumlah Uniques Visitor pada pukul 5.27 petang tadi
Ni pula jumlah Uniques Visitor pada pukul 10.27 malam tadi..
(korang kira la sendiri berapa banyak yang bertambah dalam waktu tersebut)
Ni adalah jumlah Referring URLs..
penyumbang terbanyak adalah dari Matahaw..
dan setakat aku menulis pada waktu ni, jumlah UV yang dah masuk ke blog aku ialah sebanyak 286..
apa? sikit? aku kata BANYAK..nak tau sebab apa? sebab untuk pengetahuan korang, masuk pukul 12 malam ni, blog aku baru BERUSIA 17 HARI..hahaha..kalau tak percaya boleh rujuk dalam Halaman Pengenalan pada blog ni, bila tarikh ia mula dibuat oleh aku..ramai aku tengok yang dah buat posting khas untuk berterima kasih kepada Haw..tapi dalam post aku kali ni, aku bukan sahaja nak berterima kasih kepada beliau, tapi juga nak mengulas serba sedikit trafik yang dijana oleh blog beliau..

aku ada buat beberapa pemerhatian yang terperinci terhadap beberapa website yang mampu memberi trafik yang tinggi kepada usernya seperti Free Viral Traffic, Trafficzap Exchange, ohdaus (blog), dan juga blogexplosion namun semuanya tidak ada yang sama seperti trafik yang dijana oleh banner Award dari Matahaw..

sebagai contoh, Free Viral Traffic, Trafficzap Exchance serta blogexplosion nampaknya seperti menggunakan kaedah Multilevel Internet Downline Marketing..yang paling penting semuanya adalah PERCUMA..korang hanya perlu promote kepada beberapa orang rakan untuk register dibawah referring ID korang, dan kemudian korang hanya perlu perhatikan trafik korang bertambah hari demi hari selepas kawan-kawan korang memperkenalkan sistem tersebut kepada kawan-kawan mereka yang lain..ada faham ke? heheh..
kemudian, ohdaus pula, aku tengok seperti menggunakan kaedah free backlink system..aku kurang arif mengenai sistem ni tapi yang pasti ianya juga PERCUMA..bagus betul tuan pemilik blog ohdaus tu..aku kagum sangat-sangat! namun, trafik yang dijana oleh Banner Award dari Matahaw nampaknya berbeza dan agak aneh..kenapa? hmmm..sebab yang aku musykil tu, ada sekali trafik yang masuk tu datang dari SALT LAKE CITY, UNITED STATES, tapi feedjit aku tulis ‘arrived from matahaw.blogspot.com’..huahaha!
lalu aku jalankan pemerhatian dan sedikit kajian…aku cuma dapat andaikan secara hipotesisnya, yang Encik Haw ni memang sangat pandai dalam bidang IT (heheh..kipas lipas bang!)..ye la, kalau tak pandai, masakan dia boleh bagi trafik yang sangat tinggi kepada blogger-blogger baru (blog ni baru, tapi aku blogging dah lama..lalala~)..

aku andaikan macam ni:

Haw menggunakan sistem janaan trafik secara AUTO iaitu tanpa kehadiran Haw sendiri yang memantau program/perisian yang beliau gunakan kerana trafik tetap masuk seperti biasa biarpun dah pukul 2-3 pagi..

– Auto Traffic System
– Aku andaikan, korang anggapla sistem tu dapat membuka 50 URL yang SAMA (contohnya http://myhackersarehere.blogspot.com), dengan 50 IP yang berbeza (random IP daripada tempat atau negara yang berlainan), dan juga 50 REFERRING URLs yang SAMA (iaitu http://matahaw.blogspot.com)..
Logik tak? hahaha..korang pikir la sendiri..perhatian, ini cuma ANDAIAN aku aje..kalau salah, korang jangan salahkan aku pula..aku cuma menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang blogger yang secara sukarela mengkaji sistem yang Encik Haw guna tu dan kemudian menyampaikannya pula kepada korang semua sebagai perkongsian maklumat baru(panjangnya ulasan)..
– Yang aku perasan, makin banyak kawan-kawan korang yang datang ke blog korang, makin tinggi janaan trafik dari matahaw..(haha..PETUA ni…)
– Apa peranan AWARD BANNER MATAHAW tu aku tak pasti..mungkin sama juga fungsinya dengan banner dari ohdaus, dengan menjana backlink ke blog korang, tapi sistem auto ni lagi aneh la..aku masih meneruskan kajian..jangan marah aaa..(psss..aku nak tanya kat bro Haw tapi aku segan..heheh..)

Apa-apa pun , kepada blogger yang masih belum mengenali Haw, aku sarankan korang pegi la jumpa dia (bukak blog dia la..)..aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat Haw sebab kalau aku tak kenal dia, mustahil blog yang baru berusia 17 HARI ni dapat trafik yang sangat membanggakan dan dapat jugak BE Nuffnang..opss! terlebih sudah~ :p

kepada yang nak pegi ke blog Haw a.k.a Matahaw, sila klik aje pada Award Banner kat sidebar blog aku ni, ataupun klik link dibawah..kesian..eh..sekian..trimas!

—>>> Matahaw

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

26 Comments

26 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Kata Aku

bro..
aku nk sangat tahu pasal cara nk tingkatkan trafik ni..
leh ajar aku x?..
hehe…
xbape nk faham yg kat atas tu..

eszol raar

ar rifke pon ade bwat gak

top blog aku

xpyah banner pape pon

Che Sakinah

huyoo.. ganasnye.. sape sebenarnya kamu?? sape??
mmg terer IT rupenye.. UV tu mmg banyak k.. kagum!

Arya Putra

@ Kata Aku nanti kita sembang ye..

@ eszol raar kamu memang dahsyat..sebab tu aku suka blogwalking ke blog kamu bro…eheheh.. 😛

@ Che Sakinah saya insan yang melukut di tepian gantang..muahaha!

Kata Aku

ok2..
lau ko xkisah..
ko add fb aku ep..
t kita sembang..ok?

Sharifah nor

wahhhhh..ini sudah lebey ni…akak pun belum rasa BE lagi…!!!! apa2 pun tahniah dan selamat maju jaya….

myhackersarehere

@ Kata Aku, aku takde FB..sebab aku tak ingin identiti aku lambat laun dikenali oleh hackers yang lebih pandai..

@ Akak Sharifah nor mane ade BE..gurau aje la..kalau ade pakcik dah buat kenduri dah..hahaha.. 😀

Pendekar Berkuda

bagi la sikit..huhu…

Arya Putra

@ Pendekar Berkuda buat lawak..Pendekar Berkuda la sifu sebenar..at least ada juga beliau dapat 1000 UV dalam masa sehari..teman ni paling tinggi tu la..280++ tu aje.. 🙂

KAY

hu hu… bestnye ko..

Arya Putra

@ KAY boleh la sikit-sikit..aku nak jadi macam abgteror..hebat sungguh dia..:)

skyjuice

aku xpnh lg dpt trafik dr matahaw wpn da ltk banner..ohdaus da bg..syok gler..

mrs.sabri

akak salah seorang yg menggunakan trafik dari matahaw ni..semalam akak tak buat blogwalking langsung tapi jumlah pelawat yg datang seramai 135 orang..apabila membuat blogwalking dengan bersungguh2,jumlah pelawat adalah 350 orang ..sebelum menggunakan trafik dari matahaw,jumlah pelawat cuma 130-150 sehari itupun kena buat blogwalking secara bersungguh2 tanpa henti..

blog-tips-kurus

syabbasss bro!! mantap!

JZ Business World

tahniah! arya putra? macam ku kenal je tapi di mana ye.. sungguh ni 🙂

banner tu leh ambil terus dari blog matahaw atau kena tunggu dapat award tu dari mr. haw? itu yang tak faham..

jz follow sini ye 🙂

Arya Putra

@ skyjuice mungkin kamu punya blog ada sikit berat kot..(kot) hehe..

@ mrs.sabri itu la akak..petua nak dapat lagi banyak trafik dari matahaw ialah dengan memperbanyakkan lagi blog walking..bila lagi ramai kawan masuk ke blog kita, lagi banyak UV yang kita dapat..

@ blog-tips-kurus terima kasih daun keladi..lain kali kita berjumpa lagi..

@ JZ Business World banner tu bleh ambil terus dari blog Matahaw dan kemudian maklumkan kepada beliau yang kamu dah ambil banner tersebut..terima kasih sebab follow..
nama Arya Putra tu memang aku pernah guna kat tempat lain tapi jarang la..

HAW

hmm!.. bab yg mula2 tu aku suka.. tp yg penghujung tu aku rasa ko yg sebenarnya hebat dlm bab IT nih.. sbb aku tak terfikir pun menda2 tu!.. aku tak reti program sbb aku bukan programmer.. tp ciplak code memang aku sangat2 reti.

Arya Putra

haaa? really?
ye ke ni?
ye ke? ye ke? ye ke? (tak percaya) 😛

ghost writer

aku memang pengguna paling awal award haw tuh tapi sayang terpaksa disingkirkan gara-gara malware…

redzuan

aku tau teknik ape yg matahaw gunakan. mcm ko ckp mr hack, yup banner dia mmainkan peranan dlm mndapatkan trffic yg luar biasa. tp tu sbnrnya bukan backlink, ko kaji koding html dia, mcm mne korang semua boleh dpt trffic dr matahaw sbb dia rotate je ikut giliran dia nk bg siapa trffic tu, itu je aku boleh bgtau, slbihnya tu rahsia.

Valentine's Day: Catatan Kisah Sebenar Disebaliknya

mAgiKaKoTaK

haw mmg baik..tp kalo dah berjaya,jgn la kcg lupakan kulit ye.. 🙂
haw byk betol membantu org2 baru..(tmasuk saya)

Arya Putra

@ redzuan tak payah ko nak rahsia2 sebab aku dah tahu pun cara dia buat kerja..

@ mAgiKaKoTaK aku dah tak pakai lagi banner dari haw tapi aku tetap mengenang jasa beliau..

Saiful Nazmi

Bro Hac… dah ok ek blog? Alhamdulillah… Memang power trafik dari Haw ni… Kalau bro tau cara, nak blajar dari bro bole?

Arya Putra

@ Saiful Nazmi power ek trafik dari haw? huhuhu..tu la..aku tau sikit2 je..selebihnya kena tanya tuan empunya trafik la bro..hehehe..

Nisa Basid

wooooooooo…..cam best ja…..

Arya Putra

@ Nisa Basid apa yang best? hehehe..
mesti la best dapat trafik free! ngee!

spot_imgspot_img