Poltergeist (2015): Hantu?

Waktu dulu ketika kecil saya menonton filem Poltergeist di rumah Mak Ngah saya (arwah) bersama-sama dengan saudara saya, di depan televisyen petak-gemuk, digabungkan bersama tape player. Duduk lah di depan tv petak-gemuk itu ramai-ramai. Paling kelakar, apabila ia tiba-tiba ‘rosak’, gambar yang keluar cuma ‘semut-semut’ kecil. Maka Mak Ngah akan mengarahkan budak yang paling depan untuk ‘hempuk’ atau ‘lempang’ ‘pipi tv’ itu. Hahahah.. kenangan paling indah waktu dulu. Budak zaman sekarang tak tahu pun apa itu tape player agaknya.

Ok, cukup dengan nostalgia. Kita beralih kepada filem Poltergeist versi remake tahun 2015.

Waktu saya menonton filem ini, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, kerana saya seakan pasti, bahawa filem-filem bergenre seram yang terbaru semuanya sama. Terlalu banyak dengan ‘jump scares’ yang keterlaluan dan membosankan.

Namun saya silap. Walaupun ada jump scares yang adakalanya saya rasa seperti tidak kena pada tempatnya, tetapi filem remake atau reboot ini pada saya ianya tidak gagal, walaupun tidak memenuhi kepuasan hati saya yang sememangnya menggemari filem asal (Poltergeist – 1982).

Saya tidak mahu mengulas panjang, kerana apa yang ingin saya tulis sudah pun ditulis di ‘luar sana’. Apapun filem Poltergeist 2015 ini tidaklah begitu mengecewakan. Terdapat beberapa babak yang saya tunggu, antaranya ialah babak Griffin ditarik keluar oleh pokok, babak kolam mayat, dan juga rumah yang runtuh.

Ianya menerima sentuhan moden, dan ada juga beberapa babak lain yang dicipta baru untuk memberi nafas segar, contohnya penggunaan Drone berkamera untuk masuk dan mencari Madison yang hilang ditarik ke dalam alam roh.

Di dalam ‘alam’ tersebut juga digambarkan bagaimana keadaan roh-roh yang tidak tenang, dan ini saya boleh katakan sebagai gambaran yang berjaya kerana kesan visual dan CGI yang dibuat adalah tampak begitu realistik dan mudah difahami keadaan sekitarnya meskipun tampak agak sedikit kucar-kacir.

Apapun saya berpuas hati dan saya boleh katakan Poltergeist 2015 ini adalah lebih sesuai dengan golongan Generasi Y, dan mungkin peminat filem Poltergeist tahun 1982 tidak beberapa menghargainya dek kerana ia seakan ‘half-baked’, tiada jiwa, tetapi bagi Generasi Y saya rasa ianya boleh diterima dan ‘cukup seram’.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img