Polis Evo : Ini Bukan Filem Polis Biasa-Biasa

Pertama kali mendengar berita filem Polis Evo mendapat kutipan 2.5 juta dalam hanya 4 hari tayangan, saya cuma mencebik bibir.”Mehhh, ini mesti sebab daya tarikan kuat Shaheizy Sam dengan Zizan, takde benda lain”.

Tidak dapat tidak inilah apa yang telah saya fikirkan pada mulanya. Kemudian apabila partner dalam omghackers.com, Mei Slumberz memberikan racun tuba yang bertubi-tubi, geram pulak rasanya, maka saya pun labuhkan punggung di kerusi panggung wayang walaupun hati ini berat.

Terus-terang cakap, hati saya puas. Ini adalah filem Melayu dalam tempoh beberapa tahun ini yang benar-benar berbaloi untuk ditonton di panggung wayang, bukan dek kerana tarikan Shaheizy Sam mahupun Zizan Razak, tapi kerana ia ada ‘boom factor’ tersendiri yang buatkan saya tersenyum puas selepas keluar dari panggung wayang. Terima kasih kepada pengarah filem Ghaz Abu Bakar, anda adalah pengarah harapan baru!

Tidak dapat dinafikan bakat lakonan kedua hero kita, Shaheizy Sam yang membawakan watak Inspektor Khairul dengan sangat baik sekali. Memek muka, gerak badan, semuanya adalah ‘secukup rasa’ dan kadang-kadang apabila beliau mengusik Zizan yang membawakan watak Inspektor Sani dengan loghat Terengganu/Kelantan yang entah ada dalam skrip atau tidak. Hahah!

Pelakon-pelakon pembantu yang lain juga sangat membantu dalam menjayakan suasana meskipun tidak banyak scene yang melibatkan mereka. Saya tertarik dengan Nora Danish yang membawa watak Anis, adik kepada Inspektor Sani. Boleh bayangkan tak Nora Danish bercakap dengan loghat Terengganu? Hahahah!

Boom Factors

Selama ini, apakah antara kelemahan-kelemahan filem Melayu kita (dalam zaman generasi Y tentunya)? Kalau filem yang berunsurkan aksi, kita jarang dapat melihat jalan cerita (story line) yang baik, relevan, dan dialog-dialog yang bagus. Tetapi kali ini semua itu telah diperbaiki, hinggakan saya amat tertarik dengan watak penjahat utama yang berdialog dengan loghat Kelantan. Beliau punya watak jahat itu nampak ‘legit’ dan bukan ‘main-main’. Pendek kata lakonan beliau berjaya meyakinkan saya yang beliau adalah penjahat utama!

Saya rasa kalau ada pelakon pembantu yang patut dapat anugerah, beliaulah orangnya.

Dialog-dialog yang dilontarkan juga terasa ‘kena’ pada tempatnya dan bukan ditulis dengan hentam kromo. Saya paling teringatkan dialog yang telah diucapkan oleh Allahyarham Harun Salim Bachik;

“Hari ini kita tak perlu bawa balik banduan!”

Wow. Boleh digelarkan sebagai Dialog Sepanjang Zaman.

Antara lain, saya sukakan babak kejar-mengejar dengan kereta. Oh ya, dalam filem-filem sebelum ini ada juga babak seperti ini, tetapi ianya terasa bosan dan kosong, serta tiada jiwa. Babak kejar-mengejar dalam filem ini terasa ‘real’ dan ada ‘feel Malaysia’. Ini, saya bagi A++.

Bukan itu sahaja, babak yang melibatkan bahan letupan juga telah bertambah baik dari filem-filem lain. Ia tidak nampak hodoh dengan CGI-CGI, dan meskipun ia bukan sebesar letupan dalam filem-filem Hollywood, ia adalah lebih dari cukup untuk menggambarkan bahawa filem Melayu Malaysia sedang bergerak ke arah kemajuan. Kerana apa? Kerana selain letupan yang melibatkan kenderaan seperti van, terdapat juga letupan yang melibatkan pelakon-pelakon tambahan (stunt man barangkali).

Tak lupa juga ada kereta-kereta mahal yang ditembusi peluru dan terbalik akibat kemalangan di sana-sini. Ini juga, saya berikan A++.

Filem ini juga berjaya membuang babak-babak cliche yang membosankan, contohnya sewaktu filem hampir ke penghujungnya dan waktu itu polis-polis sedang dalam perjalanan menyerbu lokasi penjenayah. Saya sangkakan ia akan jadi seperti filem Melayu yang lain, iaitu polis datang serbu, tembak-tembak-tembak, dan bawa balik banduan, habis.

Tidak, ia tidak berakhir di situ. Nak tahu? Pergi tonton di panggung wayang lah!

Kesimpulan

Saya tahu orang bukan suka sangat baca artikel panjang. Kebanyakan orang tak punya masa untuk itu. Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini, Pengarah Filem ini iaitu Ghaz Abu Bakar telah berjaya. Ya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah filem bertemakan kepolisan yang ada ‘feel Malaysia’, dan ia bukan filem polis biasa-biasa yang banyak babak cliche! Itu yang paling penting.

Ingin juga saya ucapkan tahniah kepada semua barisan pelakon serta krew filem. Anda semua memang terbaik!

Rating saya untuk filem ini ialah,

Jalan Cerita : 8/10
Dialog : 8/10
Kesan Khas : 7/10 (banyak boleh ditambah baik)
Barisan Pelakon : 8.5/10 (saya minat betul dengan orang jahat tu. Hahah!)
Keseluruhan : 8,5.10 – A++

Ini rating saya, anda berhak untuk rate sendiri, tapi apapun, tak rugi! Pergilah tonton filem ini. Saya yakin anda akan keluar sambil tersenyum puas.

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img