Recover My Files : Aplikasi Mesti Simpan

Assalamualaikum kepada semua pembaca OMG! Hackers?. Ini ialah artikel karangan terakhir dari saudara pr67am™ yang berada dalam simpanan draf bertarikh 11/3/2011. Saya poskan dengan harapan sekiranya beliau terbaca artikel ini, beliau boleh kembali aktif menulis. Terima kasih.

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Salam…

Komputer ibarat bumi yang anda pijak sekarang. Berapa banyak sisa sarap yang telah anda campak ke dalam tong? Pernahkah anda ambil peduli kemana sarap tersebut dibawa? Dan tiba-tiba anda teringat…rupa-rupanya guni baja sawit yang anda buang ke dalam tong sampah malam tadi sebenarnya mengandungi RM17 juta (simpanan untuk 7 keturunan). Bayangkanlah… betapa mengelabahnya anda tak keruan tanpa sempadan jadinya. Barulah anda sibuk nak tunjuk diri mesra guna dengan pakcik Alam Flora, ambil tahu di mana tempat perlupusan sampah. Hmmm… Jangan bimbang Encik dan Cik! Sampah sarap tak di hantar ke Zuhal pun, masih di bumi lagi…

Setiap unsur yang anda padam (delete) secara lalai (default) akan terkumpul dalam Recycle Bin. Dan setiap kali Recycle Bin di kosongkan kebanyakkan kita beranggapan komputer telah bebas dari sarap. Anda sebenarnya silap… Ini bukan zaman Windows/286 2.1 lagi yang terbatas dengan uji dan pendedahan. Sebenarnya data yang anda padam samada akibat di format atau melalui Recycle Bin sebenarnya masih wujud tersimpan di suatu sudut khas cakera keras (hard disk) yang di wartakan sebagai kawasan simpanan sisa data.

Oh… yeah! Maksudnya sarap anda masih boleh di kembalikan? YA.. Termasuk sekali gambar awek zaman rock kapak anda… Oh yeaaah! Tapi macam mana ya? Hah… zaman sekarang berbagai perisian luar akal yang telah tercipta. Hanya tinggal kita sebagai pengguna bijak memilih dan bijak mengguna. Dari pengalaman budak yang kita ada, setelah mencuba berbagai jenis perisian, cuma Recover My Files yang terkotak dalam arkib sebagai perkakas yang boleh di belai. Lain padang lain lalangnya, lain orang lain sembangnya. Kiranya anda ada sesuatu yang hebat seumpamanya sama-samalah kongsikan di sini.

Gunapakai Recover My Files tersangatlah mudah. Selagi anda celik ABC.. fahamlah dengan kaedahnya. Recover My Files menyokong banyak jenis fail termasuk email, dokumen, video, muzik dan imej. Ianya mampu menerobos dan mencari data bukan setakat ke atas cakera keras komputer sahaja tetapi juga usb, cd/dvd dan simpanan media kamera digital. Menariknya lagi ia sejodoh dengan semua jenis sistem termasuk FAT 12, FAT 16, FAT 32, NTFS, NTFS5, exFAT dan GPT . Tetapi untuk CDFS, Mac dan Linux masih dalam perancangan akan datang (Tuan Arya Putra… sabar nooohhh!).

Sayugia di ingatkan, selagi data anda terpadam secara lalai peluang ambil balik adalah 99%. Tetapi jika anda menggunakan penghapus data tahap tinggi seperti DoD5220 dan Gutmann… tengok nasib lah! Walaupun perisian asal di datangkan secara pemasangan (installer ) tetapi kita lebih suka kongsikan disini dengan anda dan anda semua versi mudahalih (portable). Apabila si mudahalih mampu berkelakuan cemerlang buat apalah nak tambah beban makcik drive C lagi. Tambahan pula aplikasi ini hanyalah di perlukan ketika anda sudah mencapai kecemasan tahap RM17 juta sahaja… wow!… alkisahnya!

Sekian.

p/s: Untuk maklumat tambahan sila klik di sini.

Muat turun: Recover My Files

Pautan asal dari tulisan beliau (dead link):

Recover My Files Pro ©pr67am™ 201111
Kata laluan zip: pr67am

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img