Lynk.my : Servis Pemendek URL Dari Anak Tempatan Yang Lebih Ohsem Dari Adf.ly, goo.gl, Dan Seumpama Dengannya

Nanti kejap lagi mesti ada yang tanya, Mr. Hac, apsal tajuk entri sekarang semuanya panjang-panjang belaka?Mr. Hac : Aku bubuh semuanya dekat tajuk biar senang, korang bukan baca isi post pun kan?

Pembaca Anonimos : Krik .. Krik .. Krik ..

Hahaha.. korang yang masih kekal membaca ni baguslah. Teruskan, moga-moga mendapat manfaat.

Biasanya apa yang pembaca menyampah tentang servis pemendek URL (URL Shortener) ni? Kiraan masa yang kebiasaannya 5 saat. Tapi apa yang bagusnya? Bayaran kepada para pengiklan.

Saya tak pasti berapa bayarannya untuk servis adf.ly tapi yang saya ingat dari abg saki (penulis jemputan di sini dulu) lebih kurang beberapa sen sahaja untuk 1000 klik. Namun, kadar kiraan bayaran untuk 1000 klik bagi lynk.my ialah RM10. Woahhh! Pakcik Kayo!
Jenis Akaun
Terdapat dua jenis akaun untuk lynk.my ini, iaitu Publisher dan Advertiser. Kalau korang macam saya, dah kaya sangat pakai Publisher dah la. Dapat bayaran juga. Tapi kalau akaun Advertiser korang kena bayar kepada lynk.my. Hahahah.. jangan salah faham. Bertenang semua.
Akaun Advertiser, dah nama pun jelas, Advertiser, terjemahannya Pengiklan, adalah khas untuk peniaga-peniaga kecil mahupun besar yang ingin beriklan dengan lynk.my. Nampak kan contoh iklan di atas? Tak nampak? Ye lah blur sikit, sori lah. Tengah counter tu jalan saya dah ambil screenshot. Kecoh la.
Ok-ok-ok. Ianya berfungsi lebih kurang sama macam FB Ads, dan bayaran paling minima kepada lynk.my ialah RM10 untuk sasaran kepada 800 viewer (viewer dalam BM apa yang paling sesuai ye? Penonton? Pelihat? Pemapar? Adoi… pening.. -_- ).
Setakat ini, itu sahaja info yang ada diberikan kepada saya. Kalau ada info tambahan InsyaAllah kemaskini entri akan menyusul. Apapun tak salah mencuba servis ini, kerana servis lain yang menawarkan perkara yang sama lebih sedikit bayarannya kepada pengguna. Lagi pula, siapa lagi yang nak menjayakan usaha anak tempatan kalau bukan kita sendiri?
Oh ya, sebut pasal anak tempatan, jika anda menggunakan servis ini dan kemudian menggunakan IP dari negara luar (VPN), kadar klik tersebut tetap dikira tetapi tidak dibayar. Hanya IP dari Malaysia sahaja yang akan dikira dan dibayar kepada anda. Adil bukan? Ini adalah kerana sasar tuju lynk.my adalah kepada para pembaca, pengguna, dan pengiklan dari dalam Malaysia.
Penutup
Apapun korang dah tempah ke belum Baju T Limited Edition OMG! Hackers?
Kalau belum elok lah isi borang tempahan ni, sebab tarikh tutup dah dekat kot! Tarikh tutup adalah 5 Oktober 2015. Kalau terlepas nanti pergi menangis tepi dinding sana! Huh.
Lawati laman Link.my melalui pautan di sebelah : Lynk.my
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img