Kesilapan-Kesilapan Lazim Tentang IT

Bila berbicara tentang IT, kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, waima seorang pakar sekalipun. Namun tahukah anda, dengan kesilapan-kesilapan yang kecil, ia mampu untuk menyusahkan anda seumur hidup? Jangan lupa, apa saja yang berlaku dalam dunia internet ia tidak akan boleh dipadam, cuma boleh diubah.

Berikut saya cuba untuk senaraikan beberapa kesilapan-kesilapan lazim yang biasa berlaku:
1. Memilih untuk menggunakan kata laluan yang mudah.

Ya, kata laluan yang mudah sememangnya mudah untuk diingati. Akan tetapi anda harus ingat, dengan teknik Brute Force kata laluan seperti abcde123456 akan dapat dipecahkan dalam masa beberapa minit sahaja. Sebaik-baiknya anda gabungkan kata laluan yang dicipta menggunakan huruf besar dan kecil, beserta simbol-simbol seperti @, #, *, & tak lupa juga nombor-nombor. Contoh kata laluan yang super-duper sukar untuk dipecahkan ialah:

,97H0}5+~9KJ)8k
Kata laluan seperti ini akan mengambil masa sehingga 4 trillion tahun untuk dipecahkan.
2. Berkongsi kata laluan dengan kawan/saudara/teman lelaki/teman wanita/crush. Errr.. Crush tu saya sengaja tambah. Hahaha..
Hei cik adik cik abang, tak payah lah nak jadi terlalu innocent dan berhati mulia sangat. Berkongsi kata laluan bukan tindakan yang bijak malahan akan menyusahkan anda suatu hati nanti. Anda tidak boleh terlalu percaya kepada sesiapa yang anda temui sepanjang perjalanan hidup anda kerana bak kata pepatah sekali air bah sekali pantai berubah.
3. Tidak mengingati nama pengguna (username) dan kata laluan akaun e-mel dan lain-lain akaun.
Hah! Ini satu lagi penyakit yang biasa sangat saya jumpa. Tahukah anda betapa pentingnya untuk anda mengingati nama pengguna dan kata laluan? Ini adalah kerana ia ibarat pintu gerbang atau gateway untuk anda melakukan sesuatu menggunakan akaun anda. Bayangkan sekiranya anda terlupa nama pengguna dan kata laluan Gmail yang anda gunakan untuk membuat sebarang pekerjaan. Bukankah akan menyusahkan anda?
4. Mudah terpedaya dan klik pautan sebarangan.
Sekarang ni saya tengok dah macam jadi satu musim di Facebook, iaitu musim spam pautan-pautan entah apa-apa. Kenapa yang senang sangat terpedaya dengan kata-kata sedikit manis itu, sehingga klik pautan tersebut? Untuk menghapuskannya bukan dengan cara menyahaktif Platform, tetapi dengan mengelakkan diri dari mengklik pada pautan-pautan tersebut. Nampak macam hanya spam semata, tetapi biodata dan maklumat lain mengenai diri anda berkemungkinan besar sudah disimpan di suatu ‘tempat’. Amacam?
5. Tidak memanfaatkan sepenuhnya Incognito Mode pada Web Browser.
Mungkin sesetengah orang tidak mengetahui, bahawa pada pelayar web mereka terdapat suatu kemudahan atau utiliti yang dipanggil sebagai Incognito Mode atau Private Mode. Tahukah anda tanpa Incognito/Private Mode ini, kesemua perbuatan kita atas dunia maya telah direkodkan?
Dengan Incognito/Private Mode, sekurang-kurangnya:
  • Your browsing history isn’t recorded. The webpages you open and the files you download in incognito mode aren’t recorded in your browsing and download histories.
  • Your cookies are deleted. All new cookies are deleted after you close all incognito windows.
  • You can switch easily between incognito and regular mode. You can have both incognito mode windows and regular windows open at the same time, and switch between the two.
  • Extensions are disabled. Your extensions are automatically disabled in incognito windows. This is because Google Chrome does not control how extensions handle your personal data.

 Baiklah. Saya rasa mungkin saya akan sambung artikel ini. Sedikit demi sedikit anda perlu hadamkan. Sentiasa ingat pesan saya ini,

“In the internet, mistakes are forever”.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img