Kenapa OnePlus Menjadi Pilihan Ramai?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Tempoh hari, saya buat artikel mengenai kekurangan OnePlus.
Kali ni, saya buat artikel mengenai kenapa ramai orang memilih OnePlus, termasuk saya sendiri.

Saya akan ceritakan kenapa orang memilih mengikut model2 yang dikeluarkan oleh OnePlus.
Bagi yang baru mengenali OnePlus, mungkin artikel ini berbaloi untuk mereka menerokai dan mengenali OnePlus.

OnePlus One (Bacon)

  • Masa OnePlus One dilancarkan, spesifikasi dia setaraf OPPO Find 7 dan harga dia masa tu jauh lebih murah dari Find 7 itu sendiri.
  • Pada ketika itu, spefisikasi OnePlus One agak terbaik dengan stor penyimpanan 16/64GB dan RAM 3GB dengan harga RM1.6k (harga dulu) berbanding dengan OPPO Find 7, stor penyimpanan 32GB dan harganya RM1.8k.
  • Masa tu, OnePlus One menggunakan perisian CyanogenMod 11S yang memberi kebebasan pada pengguna untuk ubahsuai mengikut citarasa mereka. Kemudian mereka tukar kepada CyanogenOS, iaitu versi Android 6.0.1 Marshmallow.
  • Selepas kejatuhan CyanogenOS dan CyanogenMod, ia diberi nafas baru, iaitu LineageOS yang mana mendapat sokongan 7.1.2 Nougat! (OnePlus One merupakan peranti ARM, 32-bit) Amaran, jangan pasang ROM OxygenOS, kerana anda akan terseksa untuk tukar ROM lain hahaha. ColorOS agak cemerlang dekat OnePlus One 😀
  • Kembali masa pengeluaran OnePlus One, ramai orang tertarik dengan cover belakangnya kerana Sandstone Black (rasa ala2 kertas pasir halus) dan Silk White (rasa lembut) malah ada jenis buluh, Bamboo.
  • OnePlus One juga mendapat banyak sokongan Custom ROM, malah turut mendapat sokongan dari ROM MIUI (Xiaomi)
Pada tahun 2017, masih berbaloikah jika nak pakai OnePlus One? Jawapan saya, ya sangat berbaloi kerana spesifikasi dia boleh dikatakan jangkamasa panjang serta sokongan perisian juga masih lagi ada hingga sekarang! Tapi kalau anda tidak kisah satu simkad (4G okey :P), tiada masalah. Mengenai stor penyimpanan penuh, Google Photos kan ada, high quality (saiz MB gambar akan dikecilkan tapi kualiti gambar tidak berubah), jadi boleh backup gambar2 anda di sana :). Berdasarkan pengalaman saya dan ini merupakan pengenalan pertama saya dengan produk OnePlus. Kawan saya kenalkan pada saya sebab saya mencari OPPO Find 7. Saya tanya mengenai nak setup macam mana, member cakap phone baru lagi, jadi barang tak banyak. Setelah belajar dan pakar sedikit setup OnePlus One ni, hari2 tukar ROM hahaha. OnePlus One juga boleh dikatakan peranti lagenda OnePlus
OnePlus 2 (oneplus2)
  • Masa pelancaran produk ini, agak menarik kerana berbeza daripada orang lain. Iaitu pelancaran melalui VR (Virtual Reality) menggunakan Google Cardboard (tengok biasa pun boleh) malah ada aplikasinya sendiri.
  • Selain OnePlus One, OnePlus 2 juga menggunakan sistem invite, yang membuatkan produk ini lebih eksklusif.
  • OnePlus 2 merupakan peranti pertama OnePlus yang ada Manual Shot.
  • Dengan spesifikasi 16/64GB dan RAM 3/4GB cukup membuat ia hidup pada jangkamasa yang panjang.
  • Kamera dia juga cantik dengan adanya OIS (Optical Image Stabilization), membuat gambar dan video yang kita rakam lebih stabil serta menggunakan teknologi Laser Autofocus.
  • Cover belakang hanya ada satu, iaitu Sandstone Black (rasa kasar sikit berbanding dengan OnePlus One), malah ada StyleSwap yang mana and boleh tukar2 cover belakang tanpa buka apa2 skru.
  • Mendapat sokongan OxygenOS pada versi 3.5.8 (12 April 2017), dan sama seperti OnePlus One, OP2 dapat banyak sokongan dari perisian Custom ROM sampai ke 7.1.2 Nougat! dan juga sokongan ROM MIUI (Xiaomi). Oh ya, OnePlus 2 merupakan peranti ARM64, 64-bit.
Pada tahun 2017, masih berbaloikah OnePlus 2 ni? Jawapan saya, ya masih lagi berbaloi kerana spesifikasi dia, serta kamera yang hebat tersebut membuatkan ia berdiri kukuh hinggah sekarang. Dulu OnePlus kedekut nak kongsi code fingerprint sensor mereka, menyebabkan para developer pecah kepala fikirkan macam mana nak selesaikan. Kini anda boleh pakai Custom ROM tanpa ada masalah. Saya beli OnePlus 2 masa dapat invite code dari OnePlus, dan beli dekat Maxis. Kerana OnePlus 2 juga lah saya jual iPhone 5S serta iPad 4 saya. Berbaloi beb 🙂
OnePlus X (onyx)
  • Produk ini keluar selepas tak lama OnePlus 2 dilancarkan.
  • Terdapat 3 warna iaitu Onyx (hitam), Champagne (putih) dan edisi terhad, versi Ceramic.
  • Design dia agak cantik sebenarnya, seolah2 anda memegang iPhone 4S atau Xperia Z hihihi
  • OnePlus X juga merupakan produk pertama OnePlus yang memakai paparan skrin AMOLED.
  • Juga menggunakan sistem invite, untuk nampak lagi eksklusif.
  • Walaupun stor penyimpanan 16GB dan RAM 3GB, terdapat sokongan MicroSD yang sokong sehingga 256GB! Ada yang menggunakan 2 sim dan MicroSD serentak, dan ia berhasil. Namun anda kena korbankan simkad lah hahaha
  • Kamera dia agak cantik dan kamera depan hebat sikit daripada OnePlus One, kerana kameranya 8MP malah kamera belakang menggunakan teknologi PDAF (Phase detection auto focus)
  • Tetapi bila sebut pasal perisian, syukur ia masih mendapat sokongan dari LineageOS, 7.1.2 Nougat beb. Nak harap OxygenOS? hmm serta merupakan peranti ARM, 32-bit.
  • Terdapat StyleSwap Cover seperti OnePlus 2.
Pada tahun 2017, masih berbaloikah OnePlus X ini? Jawapan saya jika anda mencari peranti yang dua simkad yang ada sokongan MicroSD, dan suka ada kaca depan belakang, silakan. Sebab OnePlus One dengan OnePlus X beza boleh tahan. Takda la macam OnePlus 3 dan 3T beza perkakasan dia buat sakit hati hahaha. Tapi bagi saya, OnePlus One lah lagi berbaloi kerana OnePlus X lebih kurang macam downgrade, kan? Jika nak buat koleksi tu tiada masalah. Hohohoh
OnePlus 3 dan 3T (oneplus3)
maaf nah, saya suka warna hitam ni.
  • Merupakan produk terhebat OnePlus yang pernah OnePlus cipta (eh ayat macam iPhone ja kan? hahaha)
  • Selepas OnePlus X, OnePlus 3/3T juga memakai paparan skin AMOLED.
  • Dengan spesifikasi stor penyimpanan 64GB (OP3), 128GB (OP3T) serta RAM 6GB membuatkan ia mampu hidup dengan jangkamasa yang panjang.
  • Kamera dia cantik bagi kedua2 peranti ni, tapi sayang focus dia gila sikit tapi masih dapat hasilkan gambar yang cantik dalam dok gila tu dan juga menggunakan teknologi PDAF (Phase detection auto focus).
  • Perbezaan tak banyak antara OnePlus 3 dan 3T, iaitu bateri, kamera depan, cover kamera (3T pakai cover kamera kaca Sapphire), processor dan warna (Gunmetal dan Midnight Black) serta stor penyimpanan 128GB!.
  • Perisian OxygenOS pada OnePlus 3/3T merupakan terbaik dan mendapat sokongan 7.1.1 Nougat!. Tapi versi Beta lagi best la daripada versi rasmi. hohoho. Oh ya, OnePlus 3/3T merupakan peranti ARM64, 64-bit.
  • Dash Charge pada OnePlus 3/3T, membuat orang sukar nak move on kerana tempoh cas yang cepat!
Pada 2017, masih berbaloikah OnePlus 3/3T ni? Jawapan saya berbaloi kerana spesifikasi dia membuatkan dia boleh hidup dalam jangkamasa yang panjang. Jika anda nak pakai 128GB, pakaiah OnePlus 3T manakala jika nak pakai 64GB, OnePlus 3 masih lagi berbaloi untuk pakai. Dengan perbezaan tidak banyak kepada kedua-kedua peranti ni, tidak rasa ketara sangat perubahan tu, kan? Sekiranya OnePlus 5 keluar, adakah OnePlus 3/3T ni masih lagi berbaloi? Ya berbaloi lagi, sama seperti OnePlus One, dan OnePlus 2 (maaf OnePlus X takda dalam senarai huhuhu). Saya dari OnePlus 3, hijrah ke OnePlus 3T. Kenapa saya hijrah sedangkan beza tak banyak dan spesifikasi hampir sama? Sebab saya mencari stor penyimpanan 128GB, kemudian yang mendapat sokongan simkad webe (kejam kau webe) yang menggunakan LTE Band 5 sebagai permulaan LTE mereka adududu.
Kesimpulannya, OnePlus tetap di hati peminat dia kerana produk itu sendiri. Tambahan harga dia murah daripada jenama2 lain serta mendapat sokongan Custom ROM begitu banyak. Jadi kaki flash ROM ni memang selesa la dengan OnePlus ni. Bagi yang baru mengenali OnePlus dan ingin memiliki salah satu produk OnePlus ni, saya boleh cakap, anda TIDAK SILAP memilih produk OnePlus. Percayalah anda akan merasai kepuasannya. Nak setup seperti unlock bootloader, tukar recovery dan flash itu ini bagi saya OnePlus la yang mudah berbanding Sony kena guna Flashtool, Samsung kena guna Kies atau Odin, dan MediaTek kena guna SP Flashtool serta lain2 jenama yang menggunakan perisian tertentu untuk setup peranti mereka.
Lain orang, lain citarasa dia kan, dan ini pendapat saya mengenai OnePlus.
Sebab itu saya sukar nak move on dengan OnePlus dan saya setia bersama OnePlus
Apa pendapat anda? Komen di bawah
#NeverSettle
asda

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x