Kaedah Untuk Login Ke Blog Dengan 100 Akaun Gmail!

Assalamualaikum semua The Hykerz dan pembaca sekalian..

Kali ni, Hac nak kongsi kaedah seperti tajuk di atas, setelah akaun gmail
Stori Mori Torkonang Juo telah digodam dan beliau tidak lagi dapat mengakses ke blognya sehingga memaksa beliau untuk buat kembali blog tersebut dengan alamat blog yang berbeza disini..SADIS! Jadi entry kali ni Mr.Hac dedikasikan untuk beliau..kesian beb..

Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku lagi, Hac nak ajar korang semua cara nak login ke blog korang dengan 100 akaun gmail beserta dengan taraf admin daripada akaun gmail yang asal..
haa? boleh ke? boleh la!

Jom kita mulakan pembelajaran!

– Buat akaun Gmail lagi satu (khas untuk kecemasan)

– Bila dah siap, mulakan dengan login ke akaun blog anda di http://www.blogger.com
(masukkan emel asal)

– Masuk ke Settings > Permissions

– Tekan ‘Add Authors’ dan masukkan alamat emel Gmail baru yang korang dah buat sebentar tadi

– Tekan ‘Invite’

– Setelah tu LOGOUT dahulu akaun gmail asal yang masih AKTIF ketika itu..

– Kemudian login ke akaun Gmail kedua tadi (akaun Gmail yang baru tu la..ok?)

– Korang akan menerima satu emel yang mengandungi pautan (link) yang menuju ke jemputan (invitation) dari blog korang sebagai penulis jemputan (author)

– korang klik pautan tu dan korang akan dibawa ke satu borang (form), isi borang tu, dan klik untuk terima undangan dari ‘owner’ asal blog tadi (yang semestinya korang la kan?heheh..)

– Ok..sekarang korang dah boleh login dengan 2 Gmail akaun setelah akaun Gmail kedua tadi berjaya dibawa ke dashboard..haha..

– Untuk menukar akaun emel kedua tu kepada Admin (yang semestinya dapat mengakses ke semua tempat dalam blog) LOGOUT dahulu akaun kedua tadi dan login semula dengan Gmail asal..

– Seperti biasa pergi pada Settings > Permissions

– Klik pada ‘grant admin privileges’, pada nama akaun gmail kedua tadi..

-NAH! sekarang korang dah ada dua akaun Gmail yang dapat mengakses kesemua tempat dalam blog korang!

– Kalau nak masukkan 100 alamat emel, ulang proses diatas sebanyak 99 kali dengan 99 lagi akaun Gmail!

Amacam? puas hati dengan penerangan Mr.Hac kali ni?
kalau puas hati sila la follow..heheheh..

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

19 Comments

19 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sharifah nor

sangat2 lah dihargai hac..akak pun akan cuba buat benda ni..manalah tahu..tetiba hac gatal tangan nak "gegurau" dgn blog akak pulak..!!!heee…Hac..harap agar adik amyratu suksess..

BuDaK JaWa

ha3..nice trick hac…mmg bgs trick ni. tapi kalau kita letak widget profile. gambar takkan keluar. yang hanya keluar nama author jer.

Mr.Hac

senang aje tu..ko 'revoke administrator privilage' dari akaun asal, settingkan balik untuk akaun no 2.done..

Mr.Hac

kaedah kat atas tu mr.hac tak cuba lagi..
tu mr.hac teka je..hehehe..
tapi apa yg penting, ko dapat masuk balik ke blog ko..
daripada tak dapat masuk langsung kan?

Lagenda

Mr hac..thanks bnyk2 atas info ni kerana dpt membantu ramai kwn2 blogger yg menghadapi masalah login ke acc blogger mereka..

Terfikir jugak..kenapa la suka hack acc orang dan menyusahkan tuan blog tu yea?? Kesian la tuan blog tu..

apa apa2 cara untuk halang acc blog kita tu dr di'hack' oleh org2 tak berkenaan tak?

Mr.Hac

Satu2nya cara yang terbaik ialah dengan memantau aplikasi yang berada dalam komputer, tambahan lagi keylogger, kerana sudah terlalu banyak keylogger yang tidak dapat di-deteksi oleh antivirus sebagai 'spyware' product..

Satu lagi kena tau apa itu Fake Login Page kerana ia sama sahaja dengan login page yang asal, bezanya fake login page ni dibuat oleh cracker untuk mendapatkan username dan kata laluan pengguna..

hati2 la..dah ramai cracker kat luar sana yang buat kerja macam tu kerana nak sakitkan hati pemilik blog, atau nak dapatkan keuntungan hasil dari blog tersebut..

gedek!

Thanks tips… salam kenal!

Mr.Hac

no problem bro..salam kenal!

fyna

tq 4 this tips….
hehehehe…

jom singgah n follow2 belog saya…
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Mr.Hac

u r welcome..orait..nanti hac datang ya..

ammboi.blogspot

merancau la budak tu nak buat benda tu 99 kali lg…hahahaha

Mr.Hac

heheh..pakai 2 emel dah cukup..

elly

nampak ye 1 per 1 masalah yang sy hadapi dapat diselesai terima kasih ntuk mr hac.. 🙂

Mr.Hac

Sama-sama bro..
aku memang niat nak tolong kawan je..
kalau aku nak cari populariti, baik aku buat blog macam Ben Asssshumm! 😛
Aih~ (marah la peminat2 dia kat aku)

redzuan

wow nice sharing bro tp actually blur ni, ape kelebihan benda ni ?
tp mmg susah la nk dftar 99 kaaun gmail.

7 KEAJAIBAN DUNIA PURBA YANG ASAL

Hac

gunanya kalau akaun gmail kita kena godam, kita masih ada alternatif untuk login ke blog dengan emel yang lain..

tak payah buat sampai 99..
tu hanya perumpamaan..
maknanya kita ada lagi 99 alternatif emel untuk digunakan sekiranya emel yang pertama kena godam..

buat 2 atau 3 emel dah cukup..
jangan lupa emel tu udah le..hehehe..

Saiful Nazmi

Eh… Bro pun ada rasa-rasa ngn Asshumm 2 ke? huhuhuh

~hAKim ZaiLAn~

terbaek lah mr hac..huhu..:)
harap2 aku dapat mendalami komputer jugak mcm mr hac..
nak jadi hackers untuk angkatan tentera la..:P

4j!t

hahaha.. jenuh nak pikirkan user name ngan password lau nak buat sampai 100 acc… hahaha

spot_imgspot_img