Haven: Tukarkan Telefon Lama Anda Kepada Kamera Pengawasan

Edward Snowden, Presiden kepada Freedom of the Press Foundation beserta Guardian Project telah pun melancarkan satu aplikasi yang dinamakan sebagai Haven.

Ia dikatakan berfungsi menjadi sebuah medium antara telefon pintar dan setiap sensornya supaya ia boleh berubah kegunaan kepada kit pengawasan mini yang murah/bajet.

Jika anda mempunyai telefon lama yang sudah tidak lagi digunakan, inilah masanya anda memanfaatkan ia semula.

Secara ringkas, Haven ialah aplikasi (sumber terbuka) yang akan menggunakan pelbagai sensor pada telefon termasuk sensor pengesan pergerakan, pengesan cahaya, kamera hadapan dan belakang serta mikrofonnya – yang akan merekodkan sebarang pergerakan, atau perubahan kepada persekitaran kawasan yang berhampiran dengan telefon tersebut.

Tanpa membuang masa, mari kita tonton dahulu video pengenalan Haven.

Menurut Snowden, pengguna dapat memanfaatkan kegunaan Haven kepada pelbagai situasi.

Contohnya mereka boleh tinggalkan telefon yang mempunyai aplikasi Haven dijalankan padanya, di bilik hotel semasa mereka hendak keluar dari bilik tersebut.

Pengguna juga boleh tinggalkan telefon beserta Haven itu berdekatan dengan laptop atau PC, dan jika terdapat individu yang duduk di depan PC tersebut, wajah dan tindak-tanduknya akan segera dirakamkan.

Pendek cerita telefon lama anda kini sudah boleh menjadi kamera pengawasan peribadi, tanpa perlu mengeluarkan modal.

Hei, siapa yang tidak suka untuk berjimat bukan?

Jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh pasang ia melalui Google Play Store.

Anda boleh rujuk projek ini di laman rasmi mereka, atau di laman GitHub.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x