[GORE ANIME]: 5 Anime Brutal Yang Boleh Buat Anda Tidak Tidur Malam

Rasanya untuk remaja zaman ini sudah tidak perlu lagi diterangkan apa itu anime. Masing-masing sudah ‘pakar’ dan mempunyai senarai anime yang digemari.

Namun ada ungkapan yang mengatakan bahawa ‘anime hanya untuk kanak-kanak’.

Ianya tidak tepat sama sekali, kerana meskipun ia cuma animasi, ada antara anime yang bukan jalan penceritaannya untuk menarik minat kanak-kanak semata.

Berikut disenaraikan beberapa anime yang mempunyai jalan cerita berdarah, pembunuhan di sana-sini, dan pelbagai situasi memualkan yang hanya layak diklasifikasikan sebagai 18SG.

Ianya ditulis dan tidak disusun mengikut turutan mana yang paling seram dan ganas sekali. Semuanya adalah seram, ganas, dan brutal!

1. Attack on Titan

Menurut saya, anime ini adalah yang paling saya sendiri minati. Bukan kerana apa, apabila menontonnya, kita akan berimaginasi mengenai manusia raksasa tiada berakal, yang motifnya untuk terus hidup dengan memakan dan menelan manusia biasa, 24 jam.

Ya, mungkin sesetengah orang mengatakan filem ‘live action’ untuk anime ini adalah gagal, namun bagi saya, dari segi ‘keseramannya’ adalah bagus. Melihat gergasi (Titan) mengoyak manusia dan memakan mereka, bukan sesuatu yang menyelesakan untuk ditonton.

2. Blood-C

Disebabkan saya memang menyukai siri Attack on Titan, maka ada seorang kawan mengesyorkan kepada saya untuk menonton Blood-C.

Dan saya tidak pernah rasa menyesal lebih dari menonton siri ini…

Blood-C juga adalah antara anime yang penuh dengan babak gore serta manusia dibunuh di sana-sini. Terus-terang cakap saya masih belum habis menonton anime ini, dan akan cuba menghabiskannya sebelum akhir tahun – agar awal tahun hadapan, otak saya akan kembali segar dari keganasan. Huh.

3. Another

Another mengisahkan tentang seorang pelajar popular dalam kelas 3-3 Yomiyama North Middle School bernama Misaki yang meninggal dunia semasa persekolahannya.

26 tahun kemudian seorang pelajar iaitu Kouichi Sakakibara ditukarkan ke kelas tersebut. Beliau mula rapat dengan seorang pelajar misteri dengan mata ditutup sebelah, bernama Mei Misaki.

Tanpa disangka perkenalan itu membawa beliau kepada pertumpahan darah. Siapa rasa nak tidur malam, jangan tengok anime ini!




4. Elfen Lied

Serba-salah sebenarnya nak ‘up’ gambar untuk Elfen Lied, kerana walaupun ia mempunyai gambar paling ikonik, dalam masa yang sama juga ia separuh berbogel. Huh…

Anime ini adalah anime lama, yang mana ia mengisahkan mengenai Lucy, manusia ‘istimewa’ hasil eksperimentasi rahsia kerajaan yang menyebabkan dia lahir dengan dua tanduk kecil dan tangan telekinetik yang tidak kelihatan.

Apabila Lucy mendapat peluang untuk melepaskan diri, Lucy mendapat kecederaan di kepala yang mengakibatkan mindanya terpecah kepada dua personaliti.

Anda boleh tonton sendiri trailer di bawah dan kemudian tentukan sama ada anda hendak terus menonton Elfen Lied ataupun tidak.



5. Tokyo Ghoul

Ramai yang meminati anime Tokyo Ghoul, dan tidak hairan kerana jalan cerita dan wataknya yang menarik. Ia penuh dengan adegan perlawanan berdarah dan bunuh-berbunuhan yang tidak munasabah, tetapi dalam masa yang sama sangat menghiburkan – untuk jenis yang minat dengan anime yang gore semestinya!

Tak lama lagi akan terbit juga filem ‘live action’ bagi Tokyo Ghoul, sama seperti situasi Attack on Titan. Sama-sama kita nantikan filem tersebut.

Berikut adalah salah satu contoh babak perlawanan dalam Tokyo Ghoul.

Bagaimana pula dengan anda? Anime bergenre gore apakah yang anda paling minati?

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x