Sejak rilisnya Firefox Quantum ke persada jaringan internet, ia telah mencipta gelombang kebangkitan semula peminat-peminat lama.

Dikatakan memiliki prestasi lebih tinggi berbanding versi sebelumnya, Firefox Quantum juga menarik kembali minat apabila berjaya mengurangkan penggunaan memori (menurut pembangunnya, ymmv).

Namun jika diimbas kembali segala ciri yang dimasukkan pada versi sebelum dan masih dikekalkan ke hari ini, sebagai contoh,

Enjin carian ditukar ke Google, pautan berbayar dimasukkan ke laman tab baru, servis Pocket diintegrasikan secara hardcoded,

> Menjadikan Firefox lebih bloated berbanding Google Chrome secara hakiki.

Terbaru, Firefox memuatkan addon aneh secara tiba-tiba iaitu Looking Glass, secara sideload, tanpa pengetahuan dan penglibatan langsung dari pengguna.

Apabila ia diperiksa, nampaknya ia juga mempunyai deskripsi yang aneh iaitu “MY REALITY IS JUST DIFFERENT THAN YOURS”.

Addon/extension Looking Glass yang ‘looking weird’.

Sumber gambar.

Nota: Looking Glass ialah permainan realiti alternatif dalam siri Mr. Robot. Menurut dokumentasi dari Mozilla, Looking Glass merupakan – “shared experience to further your immersion into the Mr Robot universe”.

Pengguna dari reddit dan forum sokongan Firefox mula meluahkan rasa marah serta tidak puas hati mereka akan hal ini. Ramai pengguna yang panik kerana menyangkakan mereka telah dijangkiti malware, walhal ia datang secara terus dari pembangun.

Menurut pembangun, addon atau extension ini telah dimuatkan (sideload) ke dalam pelayar web Firefox melalui ciri ‘experiments’. Bukan sahaja ciri eksperimen ini telah diaktifkan secara lalai, ia juga diketahui telah dimulai semula (re-activated) melalui proses kemaskini sekiranya ia dinyahaktifkan oleh pengguna.

Wow, perkara ini lebih menimbulkan rasa sendu, terkedu, dan terduduk oleh pengguna Firefox yang setia. Buat mereka yang mementingkan privasi, rasa kepada hak untuk lebih ‘tidak dikenali’ seakan tercabul.

Selain itu, perkara pokoknya extension ini ‘terlepas’ secara tidak sengaja ke dalam paparan tetapan di bahagian ‘Extensions’, sedangkan niat asalnya adalah untuk diaktifkan secara senyap!

Maksudnya apa?

Maksudnya secara harfiah Firefox telah cuba memuatkan ‘backdoor untuk iklan’ dalam diam, tanpa diketahui oleh pengguna, atas nama eksperimentasi!

Jika dipecah-pecahkan ianya bolehlah disimpulkan sebegini:

  1. Pembangun Mozilla boleh memuatkan addon/extension tanpa kebenaran dan pengetahuan yang jelas oleh pengguna.
  2. Ciri Eksperimen sekiranya dinyahaktifkan ia masih tetap dapat diaktifkan semula selepas proses kemaskini. Secara senyap!
  3. Mozilla yang sepatutnya menumpukan kepada pembangunan prestasi Firefox (lebih laju, kurang penggunaan RAM) telah melencong kepada pengiklanan halimunan.

Apa respons pembangun Firefox/wakil Mozilla?

“Our goal with the custom experience we created with Mr. Robot was to engage our users in a fun and unique way”.

“Real engagement also means listening to feedback. And so while the web extension/add-on that was sent out to Firefox users never collected any data, and had to be explicitly enabled by users playing the game before it would affect any web content, we heard from some of our users that the experience we created caused confusion.”

Apa pula respons anda selaku pengguna? Adakah anda gembira dan berpuas hati dengan penjelasan dari mereka, atau kepercayaan anda sudah sirna?

Komen Facebook