Apa Itu HEVC?

Sebelum ini video yang direkod dikodkan dengan Advanced Video Coding (AVC) yang juga dikenali sebagai H.264.

High Efficiency Video Coding (HEVC) atau H.265 pula adalah standard industri kini, di mana ia adalah proses pemadatan video yang dibangunkan oleh Motion Picture Experts Group (MPEG) dan telah dimuktamadkan standard ini pada tahun 2013.

Ciri utamanya ialah ia menawarkan nisbah dua kali ganda pemadatan data dengan kualiti video yang sama, atau lebih baik lagi pada kadar bit yang sama. Tahap optimal mampatan atau pemadatan dari HEVC membolehkan rakaman dan distribusi fail video berdefinisi tinggi ultra (4K) menjadi lebih efisien.

Kenapa evolusi algoritma pemadatan seperti ini penting?

Cuba anda lihat tangkap layar di bawah.

Video berdurasi lebih kurang 41 minit dengan resolusi 720p (HD) yang telah dikodkan dengan codec HEVC hanya bersaiz 159MB sahaja. Tanpa pengekodan ini, biasanya ia akan bersaiz sekitar 700MB hingga 900MB. Anda boleh kirakan sendiri betapa banyaknya jumlah pengurangan saiz.

Bagaimana dengan kualitinya? Agak susah untuk saya gambarkan hanya dengan tangkap layar sahaja, tetapi anda boleh lihat sendiri gambar di bawah, yang pada saya tidak jauh berbeza dengan pengekodan yang biasa digunakan (AVC/H.264).

Dengan setiap pengekod meningkatkan kualiti penalaan masing-masing, imej yang dihasilkan tidak akan terlalu ‘lembut’, banyak noise, atau kelihatan terpecah-pecah. Video yang sama, dengan mencari talaan terbaik bagi mengurangkan data tanpa mengurangkan integriti serta kualiti video, itulah dia matlamat penciptaan HEVC.

Tetapi, bagaimanakah caranya HEVC ini bekerja di sebalik tabir?

Pertama sekali, algoritma ini akan melihat bingkai berbilang untuk menyemak perkara atau subjek yang tidak berubah.

Sebagai contoh, kita ambil adegan subjek manusia yang sedang bercakap di hadapan kamera. Pada kebanyakan masa, arah tuju kamera adalah pada bahagian kepalanya sahaja. Latar belakangnya tidak banyak berubah.

Kebanyakan piksel yang mewakili wajah subjek mungkin tidak akan berubah banyak selain dari bibirnya.

Kaedah ia menjalankan pengekodan adalah dengan hanya mengekod bingkai awal, dan selepas itu hanya perubahan-perubahan ketara sahaja yang dikodkan.

Diharapkan dengan serba sedikit penerangan ini akan dapat menarik minat anda untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang teknologi pemadatan data serta codec. HEVC masih terdapat pesaingnya iaitu AV1, tetapi itu kita akan teliti kemudian di artikel seterusnya.

Saya ingin menulis panjang lagi, kerana penerangan mengenai HEVC masih berbaki, tetapi saya rasa adalah lebih baik saya tinggalkan anda dengan penerangan asas ini untuk anda telaah sendiri apa yang masih tidak cukup.

Sampai di sini sahaja artikel, saya akan menyusul dengan penerangan tentang teknologi pemadatan data yang lain.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x