Antara Pemain Musik Terbaik Peranti iPhone

Mencari-cari
aplikasi pemain musik terbaik bagi peranti Apple bukan mudah. Mana
taknya, setiap aplikasi yang nampak gempak je pasti berbayar. Terus
terpadam nawaitu untuk mencuba kan? Hahahaha!

Namun, jangan begitu mudah berputus asa, pasti yang kuasa ada jalan-nya kerana
artikel kali ni akan saya tunjukkan beberapa aplikasi yang boleh dikira
terbaik juga lah bagi pengguna peranti Apple. Ya, seperti biasa.
Aplikasi-aplikasi ini tentunya ada yang berbayar dan ada juga percuma.
Pilih lah yang anda rasa terbaik daripada segi antaramuka aplikasi
tersebut, beats, bass dan sebagainya.


Spotify

Spotify
mempunyai fungsi serba lengkap bagi mereka yang suka berkongsi musik.
Mempunyai fungsi bina folder dan berkongsi dengan rakan anda melalui
rangkaian sosial yang disediakan. Serta, butang ‘shortcut’ ringkas turut
disediakan untuk memudahkan pencarian lagu kesukaan anda. Harga bagi
aplikasi ini bernilai RM14.99/Bulan. 
Pandora
Aplikasi
Pandora pula mampu memainkan lagu kesukaan anda sambil menunjukkan
lirik lagu tersebut. Apa yang perlu anda buat? Menyanyi sajalah!
Last.FM
Haa Last.FM
ni sememangnya gempak bagi sy. Terdapat pada pelbagai peranti termasuk
Windows Phone. Carian lagu terbaru sememangnya berguna jika digunakan
pada aplikasi ini. Senaraikan lagu kesukaan dan yaa, nyanyi saja. Setiap
kali buka, lagu kesukaan anda akan berada di bahagian atas sekali.
Harga? Ianya percuma!
TuneIn Radio
Bukan
radio biasa seperti mana yang percuma di pasaran. Radiotime juga mampu
memainkan lagu kesukaan anda (walaupun ia dibina khas untuk radio).
Malah, fungsi rakam live streaming juga disediakan. 
Sound Cloud
Sound
Cloud bukan saja terdapat pada peranti Android, malah terdapat juga
pada peranti keluaran Apple. Cari musik kegemaran anda. Remix, Dubstep
dan sebagainya diutamakan.
Spinlet
Pada sy, aplikasi ini tak begitu menarik daripada segi antaramuka-nya. Sangat ringkas. Mungkin sedikit ringan lah kan? Hehehe..
Apa yang bagus pada aplikasi ini ialah ia mempunyai simpanan berbentuk
awan. Jika anda mempunyai simpanan awan juga pada peranti lain, akan
jadi lebih mudah untuk anda memuat turun lagu kegemaran anda. 
LaDiDa
Haa!
LaDiDa bukan saja bagus daripada segi antara muka malah mempunyai
fungsi yang bukan mudah untuk ada dalam aplikasi musik lain. Kelebihan?
Putarkan lagu, dan mampu mengubah suara sedap anda kepada lebih menarik dan sedap untuk di dengar. Anda boleh lihat bagaimana aplikasi ini berfungsi di pautan ini: LaDiDa In Action!
Bayar, bayar, bayar! *ketawa sinis*

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img