5 Tahap Menghadapi Kesedihan dan Kehilangan

 

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya terpanggil untuk membuat satu artikel berkisar topik psikososial. Untuk artikel hari ini saya akan menulis topik yang lebih ringan dan secara peribadinya, antara asas penting dan banyak berkait rapat dalam aspek kefungsian dan sains tingkahlaku manusia. Dalam topik pada hari ini, saya akan menerangkan mengenai 5 tahap atau fasa seseorang individu dalam menghadapi kesedihan. Model ini telah diasaskan oleh ahli psikiatrik Switzerland iaitu Kubler-Ross di dalam bukunya yang bertajuk “On Death and Dying”. Setiap individu tidak semestinya akan mempunyai kitaran penerimaan yang sama, mahupun melalui kesemua kitaran ini. Namun, dari segi asas sains tingkahlaku, kitaran ini masih dianggap sesuai. Walaupun pelbagai pendapat berbeza telah direkodkan, namun teori ini dianggap yang paling popular.

 

Pertama sekali, saya akan senaraikan dahulu 5 tahap ini supaya secara ringkas supaya anda para pembaca akan lebih mudah memahami komponen-kompoen yang ada di dalam fasa ini sepanjang anda meneruskan pembacaan.
1- Tidak Menerima (denial)
2- Marah (anger)
3- Tawar Menawar (bargaining)
4- Kemurungan (depression)
5- Penerimaan (acceptance)

Tahap Pertama
Tidak Menerima

Pada pertama kali manusia menerima berita tentang kehilangan atau perkara yang menyakitkan, manusia cenderung untuk menidakkannya. Ini adalah normal dan merupakan suatu mekanisma beladiri. Namun, tahap ini kebiasaannya cumalah sementara kerana tahap pertama ini hanyalah cubaan untuk lari dari realiti yang lambat laun akan tiba jua. Ketika ini sebarang cubaan untuk menenangkan atau berbincang dengan individu ini mungkin tidak akan membuahkan hasil kerana mereka telah menutup sepenuhnya minda dan penerimaan mereka terhadap dunia luar. Mereka masih percaya kesakitan tersebut akan berlalu pergi dan semuanya akan kembali pulih seperti sediakala dalam masa yang singkat.

 

 

 

Tahap Kedua
Marah

Pada tahap ini, individu tersebut sudah mampu menerima realiti yang berlaku, Apa yang telah berlaku tidak dapat dielakkan. Kesannya juga sudah dapat dirasai oleh mereka secara perlahan-lahan. Contohnya, isteri yang kehilangan suami sudah mula terasa beban untuk menyara keluarga setelah ketua keluarga sudah tiada. Mereka akan marah, kecewa dan mula menyalahkan setiap pihak walaupun pihak tersebut cuba membantu mereka. Malah, mereka juga akan mula menyalahkan takdir, tuhan malahan perkara dan kelakuan lampau mereka atau individu yang telah pergi. Perasaan marah ini seringkali menjadi respon kedua dalam tindakbalas emosi manusia. Dalam konteks tahap menghadapi kehilangan ini, perasaan marah itu muncul setelah kesan pengasingan diri mereka dari dunia luar ketika proses menyangkal realiti mulai pudar. Mereka akan merasakan hidup mereka tidak adil dan mengapa orang lain tidak mengalami apa yang mereka yang mereka alami.

Tahap Ketiga
Tawar Menawar

Tawar menawar di sini bermaksud individu yang menghadapi kehilangan ini akan mula mencari alternatif untuk cuba mengembalikan keadaan seperti sediakala. Sesetengah pakar juga menggelarkan tahap ini sebagai harapan palsu buat mangsa. Individu ini akan mula bernazar, mula mendekatkan diri kepada tuhan dan pelbagai lagi perkara. Contohnya, mereka mula berpandangan sekiranya mereka melakukan suatu perkara, pasti perkara yang mereka kehendaki akan datang sendiri. Memori lama juga mungkin akan sering bermain di fikiran. “kalaulah aku keluar buat ini, pasti itu tidak terjadi”.

Tahap Keempat
Kemurungan

Pada tahap ini, mangsa mula menerima dan memahami apa yang telah terjadi telah terjadi dan tak mungkin akan terundur kembali. Mereka akan mula merasakan penyesalan, kesedihan dan putus harapan. Selalunya individu yang sedang melalui kemurungan ini akan mengurung diri dan memutuskan hubungan dengan dunia luar dalam harapan untuk mengurangkan kesakitan yang sedang dihadapi. Pada tahap ini, sebagai individu rapat, tiada guna juga untuk cuba menghiburkan mangsa kerana kesedihan dan kesakitan itu perlu dilalui juga. Sebagai penyokong, anda cukup sekadar meyakinkan mereka bahawa anda sedia membantu mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan. Cuma pastikan bahawa mangsa tidak mula bertindak di luar kawalan dan terjerumus ke dalam perangkap cubaan membunuh diri. Mereka harus dibiarkan mencari kekuatan sendiri sekiranya mereka tidak menunjukkan tanda-tanda mereka memerlukan bantuan.



Tahap Kelima
Penerimaan

Tahap penerimaan bukan bermakna mangsa telah “pulih”. Tidak juga bermakna mereka gembira dengan kehilangan yang dihadapi. Mereka sudah boleh menerima realiti yang baru dan mula meninggalkan realiti lama. Emosi mereka sudah mula stabil dan mereka kini lebih mampu untuk memulakan hidup seperti sediakala. Mereka masih merasakan kesedihan, namun kesediahan mereka tidak lagi berbentuk kesedihan yang menganggu kefungsian mereka seharian. Mereka akan mula memikirkan memori-memori manis sepanjang sebelum kehilangan, dan juga memori-memori yang menyakitkan. Namun. memori manis akan lebih dirasakan bernilai daripada memori pahit. Mereka kini sudah bersedia untuk membina memori baru.

Sekian sahaja penerangan ringkas daripada saya. Amat sayang perkara asas seperti ini hampir tidak diberi perhatian oleh para penggiat seni tempatan. Tidak hairan lah skrip dan plot drama mahupun filem tempatan dirasakan terlalu dongeng dan tak masuk akal. Sudah tiba masanya para pembuat skrip dan pengarah membuat kerja rumah dalam menghasilkan karya. Sampai bila nak suruh kayu dan nasi lemak pakai uniform, pakai props dan baca sahaja dialog? Pelakon dan penggiat seni haruslah jadi ubi yang berisi. Walau rupa tidak segah, namun berisi dan bernilai. Jangan setakat jadi pokok krismas saja. Dihias untuk sekian waktu, dikerumuni bila tegap dan montok, namun dibuang dan tidak diingati bila layu dan tua malah dibuang sepi di tepi perigi. Biarlah diri mampu menjadi isi, mengenyangkan perut mereka yang lapar dan mencari.



Anda mengahadpi masalah dan tidak mempunyai tempat untuk mengadu? Malu untuk bercerita pada teman rapat dan orang dikenali? Stress? Kemurungan? Ada perasaan untuk membunuh diri? Jangan terburu-buru mengambil tindakan sendiri. Masih ada yang sudi mendengar dan membantu. Layari laman web Befrienders Malaysia atau hubungi mereka di talian 03-7956 8144 . Talian dibuka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Atau tinggalkan komen di halaman ini atau PM admin. Saya sudi mendengar.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x