10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Arch Linux

Setelah anda berjaya memasang Arch Linux serta sebuah persekitaran meja kegemaran anda, contohnya saya pasang MATE Desktop, sudah pasti anda akan tertanya-tanya apa perkara yang perlu dilakukan selepas selesai memasang Arch Linux ini.

Sebenarnya ia ada diterangkan secara super-duper terperinci dalam ArchWiki, namun saya cuba huraikan secara mudah dalam artikel ini supaya anda akan terasa lancar sahaja prosesnya.

Tak susah pun, cuma perlu fikirkan sahaja apa yang anda mahu, dan cari sahaja apa ciri yang tidak cukup pada persekitaran meja anda.

1. Sekiranya anda masih belum memasang persekitaran meja, anda boleh rujuk dan pilih sendiri di ArchWiki di sini: Desktop environment – ArchWiki

2. Sebelum melakukan apa-apa, elok kiranya anda kemaskini terlebih dahulu sistem anda.

$ pacman -Syu

3. Seterusnya, pemasangan pelayar web akan membantu anda meneruskan lain-lain proses kerja. Pilih dari variasi pelayar Firefox, Opera, Chrome, Chromium, Vivaldi dan sebagainya. Contoh:

$ sudo pacman -S firefox
$ sudo pacman -S seamonkey
$ sudo pacman -S chromium
$ sudo pacman -S opera
$ sudo pacman -S qupzilla
$ sudo pacman -S midori

4. Kemudian, untuk memasang pakej melalui AUR, bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan, maka AUR Helpers diperlukan. Rujuk artikel ini untuk tujuan pemasangan AUR Helpers: AUR Helpers: Pemasangan Pakej AUR Secara Automatik

5. Kemaskini mirror anda. Anda memerlukan mirror paling hampir dan paling laju untuk memuat turun pakej. Saya syorkan untuk anda pasang dan gunakan Reflector bagi tujuan ini.

$ sudo pacman -S reflector

Untuk mendapatkan mirror paling laju dengan jumlah 5, gunakan baris perintah ini:

$ reflector –verbose –latest 5 –sort rate –save /etc/pacman.d/mirrorlist

Rujuk: Reflector – ArchWiki

6. Gunakan AUR Helpers bagi mendapatkan pakej di AUR. Tutorial pada pautan di poin nombor 3 menggunakan pacaur. Kita boleh pasang apa juga pakej AUR dengan pacaur, contohnya Google Chrome:

$ pacaur -S google-chrome

7. Tambah nama pengguna dan juga kata laluannya (sekiranya belum dibuat).

$ useradd -m -g users -s /bin/bash archer

Gantikan ‘archer’ dengan nama pengguna pilihan anda.

passwd archer <<< Tetapkan kata laluan untuk pengguna.

Kemudian, sunting visudo. Sila uncomment pada %wheel ALL=(ALL) ALL untuk membenarkan pengguna biasa menjalankan perintah sudo

$ EDITOR=nano visudo

#%wheel ALL=(ALL) ALL <<< uncomment ialah buang tanda ‘#’ di belakangnya.

Nak mudah, tambahkan nama pengguna anda di bawah baris root ALL=(ALL) ALL.

Contohnya:

root ALL=(ALL) ALL
archer ALL=(ALL) ALL

Simpan fail tersebut dengan menggunakan kombinasi Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.

Anda sudah boleh reboot dan log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang tersebut.

8. Pasang pemain media. Antara pemain media pilihan saya ialah SM Player. Ia mampu memainkan video dan audio serta strim video di YouTube tanpa masalah.
$ sudo pacman -S smplayer
Atau, boleh juga pasang dari variasi pelbagai pemain media yang lain. VLC, contohnya, amat popular di kalangan pengguna linux.
$ sudo pacman -S vlc
9. Hidupkan repository Multilib. Jika anda mahu jalankan aplikasi 32-bit pada sistem operasi 64-bit (Arch sudah menggugurkan ISO 32-bit), maka anda perlu aktifkan repo Multilib. Uncomment pada repo tersebut.
$ nano /etc/pacman.conf
[multilib]
include = /etc/pacman.d/mirrorlist
10. Pasang tema dan ikon. Ya, Arch Linux apabila selesai pemasangan persekitaran meja masih ‘mentah’ dan kelihatan tidak cantik. Anda selaku pengguna dan ‘pemiliknya’ perlu pasang sendiri tema dan ikon yang menarik. Untuk langkah ini saya serahkan sendiri kepada anda bagi mencari tema dan ikon apakah yang anda sukai.
Baiklah, kita jumpa lagi pada artikel seterusnya. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan jika anda mahu baca lagi artikel-artikel seperti ini di masa akan datang.
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x